ASSALAMUALAIKUM..
Mencuri masa sekejap (masih duk mengukus lagi nih..)menghapdet brownies yg dibuat pada malam Jumaat baru2 ni, masa Blogger.com tengah demam tu. Ni lah brownies yg K.Nor buatkan utk Naim bawak ke jamuan bersama geng2 kelas Bahasa Inggerisnya. Memang lah dah plan awal2 nak buat brownies ni yg pada mulanya Naim kata jamuan tu pada hari Sabtu, tup2 masa Maghrib (malam Jumaat) tu dia kata " mak, bila nak buat kek Angah?" Aik.. kata jamuan pagi Sabtu, rupanya dia silap beritau, jamuan sebenarnya pada pagi Jumaat. Apa lagi, terus keluarkan butter, telur dan cream cheese yg mmg dah ready standby dlm esbok. Masa tu baru jer siap bakar Puding Roti, buat Sos Kastard pastu buat Chocolate Spread. Lepas solat Maghrib terus godek brownies ni. Buat brownies ni mudah, tak perlu pukul/beat telur bagai.. Semua main kacau2/mix gitu jer pastu tuang dlm loyang dan bakar. Pastu buat bahagian cheesenya pulak dan lorek2kan. Kejap jer dah siap dibakar.
K.Nor tak leh nak tayang gambar brownies yg dipotong sbb Naim bawak sebiji terus ke jamuannya. Jadi tak ada lah adegan bedah siasat utk brownies ni.Tukang masak dan yg lain2 langsung tak sentuh atau dapat merasa keenakkan brownies cheese ni.. Alahai terliur ler.. nak kena godek gak semula utk kita org makan2 lepas ni...
MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


salam kak nor! wah! design kek nuni dgn kak nor hampir sama la! tp nuni buat red velvet.
ReplyDeletemesti sedap kan brownie ni..boleh lah nanti saya cuba..tak penah buat lagi...gabungan coklat dan chese
ReplyDeleteperhhhh..memalam tengok marble cheese brownies....
ReplyDeletesedapppnya....
aduuhh.. sedapp nyerrrrrrrrrrrrrrrrrr~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ReplyDeletepitam**
ReplyDeleteaduh kak...........no la yang rase nak campakkan diet ke laut ni....adus...tirguda..tirguda...huhuhuh
ReplyDeleteIni memang wow!mau lupa pada diet kalau dapat cheese brownies ni :)
ReplyDeleteadehhh sedapnya kaknor..siang td lela dah kuokan butter, resepi dah tulis dah tetiba darling ajak kuo lak. sok la baru nak cuba buat
ReplyDeleteAlamak kak Nor..
ReplyDeleteNi tgh skodeng2 dapur kawan2 ni nak pilih kek apa nak buat utk anak dara naz si husna tu bawak g sekolah sempena hari guru ari ni.. Dah rambang mata lak tgk kek kak nor ni...Ish..ish..
a ah senang nya..
ReplyDeletetapi kak nor, untuk creamcheese tu manis tak? secawan gula tu...nak try buat jugak la..
sedap...sedap... pernah buat ni tapi tak ingat amik resepi sapa... nak buat gak ler nanti...
ReplyDeleteSedapnya kak...nanti nak buat juga le. Akak guna loyang saiz berapa ye kak. Kalau loyang 10x10 sesuai tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum akak... selamat pagi... waduh2!!! dah tergoda dah nie akak.... naakkk... ;)
ReplyDeletesalam kak nor brownies ...ni...jeles nya ...nampak sgt sedap kak nor
ReplyDeleteaduh k.nor...sempat lg ek?kagum jap..hehhe
ReplyDeletecantiknyaaaaa ,sori dah ler hari tu kite duk kacau akak
ReplyDeletesalam kak nor..
ReplyDeletesedapnya brownies ni.. lama tak buat.. kalau buat nnt mkn tak sedar diri sebab sedap sgt.. hehe..
rasanya ni resepi maklang yg dah diubah suai oleh jasmeen JHD. mmg best ni..
KNor
ReplyDeleteAdehhh hari itew buat kan untuk orang dah tu macam kita meleleh air liuq aje.. then kita ingat nak buat kan diri sendiri.. sampai sekarang tak terbuat buat.. ni ade one pack of cream cheese.. rasa rasa macam nak terbuat pulak hehe
mmg menggoda iman .. nampak mcm senang tapi yaya bab lorek melorek dah fail! hihi.. tak pe ambik resepi dulu ..
ReplyDeletekak nor.. chocolate filling tu yaya dah otter dah..dah cair balik..boleh buat spread.. :-)
assalamualaikum ...
ReplyDeletenuwairani >> ooo buat projek RV ya.. meh sket :)
nazrah >> mmg sedap.. tak leh nak stop kalau ngadap benda ni :)
mas >> gi godek mas hehe
tun >> amboiiiiiiiiii hehe
ijah >> ijahhhh ooo ijah.. masih pitam ke? gi kemas2 rumah, esok ninja balik :P
wani >> hehehe. pejam mata pejam mata :)
ReplyDeleteixora >> mmg! diet terbang melayang tak pun masuk gaung hehe
lela >> laaa... projek tergendala la ya.. nanti buat semula ya.. :)
naz >> dah buat tadi kan :)
izah >> mmg sedang.. simple jer kalau bronis kan.. alaa izah.. k.nor ni kan selalu kurangkan gula :)
erani >> try la resipi ni pulak ya..
ira >> kan kat resipi ada cakap loyang 10 x 10 tu hehe.. k.nor guna saiz tu gak.. tp jgn bukak api kuat ya, nanti naik tinggi sgt
ReplyDelete10 x 10 mmg just nice :)
diana >> w'salam diana, dah petang pun.. hehe meh tukar dgn DFCC nak? :)
lina >> mmg sedap bukan nampak aje sedap :)
azila >> aduhhh zila, demi anak2 gagahkan juga :)
mimi >> tau tak per.. hehe.. tak per mimi.. it's ok :)
ratna >> w'salam ratna .. ooo yer ke.. tak tau pulak.. k.nor jumpa kat rumah rin.. mekasih pd maklang dan jasmieen jugak..
rima >> sama la dgn k.nor ni!! buatkan utk anak gi jamuan, sikit pun tak merasa huhu.. teringat2 la pulak alahai..
nanti kalau rima dah buat, hantar ke k.nor setengah loyang ya.. kita bagi sama2 haha
yaya >> tak payah yaya.. cuba klik kat link rinnchan tu..ada dia tunjuk step by step nak buat dan nak lorekkan cheese tu.. mudah jer.. kena lorek dua hala baru cantik, jangan lorek satu hala jer.. try la ya.. mmg sedap ni
ooo dah otter ya.. jadi kan.. alhamdulillah.. :)
kak nor nak tanya masa bakar adunan cheese tue guna api atas bawah juga ker,plan nak buat nnt.nonie copy yer resepi nie
ReplyDeletenonie >> sebaiknya guna api bawah jer kalau oven kecik, sbb kalau buka api atas pemanas tu dkt dgn bahagian atas (cheese) tu kan, takut nanti jd rentung.. tak cun. guna api bawah jer sbb nak masak cheese tu tak perlu lama mana pun. insyaallah cheese tu akan masak gak walau guna api bawah aje sbb panas oven tu menyeluruh kan.. so better alas loyang brownies tu dgn baking paper
ReplyDelete