f Secubit Garam: Sambal Mempelam Muda Goreng

N3 Terkini

Tuesday, May 24, 2011

Sambal Mempelam Muda Goreng

ASSALAMUALAIKUM..

Sambal Mempelam Muda Goreng, resipi dari Mukah nun. Sesi nak perabiskan stok mangga muda dlm esbok. Ni lah sambal yg digandingkan dgn Ayam Seri Harum. Memang menyelerakan dgn rasa masam2 dan pedas tu.. Sue, K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. Mekasih :)



SAMBAL MEMPELAM MUDA GORENG
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:(tidak terhad)
3 biji mempelam muda(yg bijinya masih lembut)-kupas,buang biji dan potong kecil
2 tangkai Cili merah + cilipadi(letak ikut tahap kepedasan atau jenis cili)*
2 ulas bawang merah*
Segenggam ikan bilis kupas*
1 sudu belacan*
Sedikit garam dan gula/perasa
Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis(lebih krg 2 sudu bsr)


Cara2:
Tumbuk semua bahan2 bertanda * menggunakan lesung batu, diikuti dengan mempelam muda. Tumbuk sehingga agak lumat.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sambal tadi,kacau sentiasa buat seketika dan perasakan dengan garam dan gula
Goreng sehingga sambal masak atau berubah warna..sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!

7 comments:

  1. DAH JANGKA DAH SAMBAL NI YANG KELUAR. HEHE

    ReplyDelete
  2. Wah.... pertama kali dapat tahu resepi macam ini. Selalu buat sambal belacan adalah kan tanpa tumis.

    ReplyDelete
  3. Sedap kan sambal nih,sy pon dah try ritu..

    ReplyDelete
  4. nakk..mmpelam dah abis laaa kak..akak hiris2 ye mempelam tu?
    teringat resepi org2 tua kat kmpung diorg hiris2 mempelam masak pastu goreng tumis..tp x penah buat lak.huhu

    tq kak nor cayang krn sudi cuba

    ReplyDelete