f Secubit Garam: Sotong Bersiram

N3 Terkini

Wednesday, April 13, 2011

Sotong Bersiram


ASSALAMUALAIKUM...

Menu hari ni, hasil dari penyelongkaran kat SajiOnline. Mata dan selera berkenan dgn satu resipi Sotong Bersiram. Saja la nak mencuba kaedah lain pulak nak masak sotong. Ni asyik2 wat masak sambal pastu goreng kunyit, kadang tu buat goreng tomyam. Apakata kita cuba stail bersiram ni pulak. Ada rasa masam2 manis dan pedas, seakan masakan Thai. Alhamdulillah.. sedap kat anak tekak kita org sekeluarga.


Terima kasih pada penyumbang resipi dan SajiOnline. Mintak izin ya, nak share resipi tu kat sini.. Tq..


SOTONG BERSIRAM
sumber : SajiOnline
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
500 gm sotong saiz sederhana
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
6 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia - ditumbuk halus
1 cm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos cili Thai ~ K.Nor lebihkan 1 sudu lagi
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai - dimayang
6 tangkai cili padi - dimayang
2 helai limau purut

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak. Tuskan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga naik bau dan masukkan serai dan cili padi yang dimayang. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan sos cili Thai, sotong goreng, daun limau purut, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan angkat.

** air sotong K.Nor tak buang, sebaliknya masukkan sedikit ke dalam tumisan supaya tumisan tu pecah minyak dan tak terlalu pekat.

Bukan org jer nak bersiram sakan sbb cik abg nak balik, sutun pun nak bersiram gak.. kan Izah kan.. ^____^


15 comments:

  1. EE ingatkan sotng tu rebus rupa2nya K.Nor goreng....ape2pon resepi ni nmpk menyelerakan.x boleh kata mmg menyelerakan sbb x cube lagi.

    ReplyDelete
  2. beras kunyit ditabur,...disirami air mawar...lalala..

    nmpk best aa lauk gini..nak jugaakk.
    esok beli sutun!!

    ReplyDelete
  3. as-salam kak nor
    Amat menyelerakan lebih-lebih lagi jika dihidang bersama nasi panas2....

    ReplyDelete
  4. kak nor.. izah tengah bersiram ke kak nor..? wakakakaka...
    nampak menarik pulak sotong bersiram ni kak nor..

    ReplyDelete
  5. salam akk,
    resepi bru nie... mesti mau cube blk nie gak.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. amboi ijah tu..menyanyi lak..tahu la senang hati sebab hubby dia nk balik....huuhh

    kak nor....bersiram lak sutun tu...
    bestnya......

    ReplyDelete
  7. ok...zla pon nak mtk k.No halalkan resepi ni yer..sbb nak lari dr kebiasaan gak, asyik sambal sotong jer:)

    ReplyDelete
  8. Kak Nor, bukan orang jer bersiram ya..sotong pon bersiram gak ya..
    ni mesti best kan..

    ReplyDelete
  9. terliur tengok.. boleh cuba masak sendiri nanti...

    ReplyDelete
  10. kak nor, cantiknya sotong goreng tp putehhh aje mcm rebus..hihihi

    ReplyDelete
  11. EE >> nak rebus boleh gak.. pastikan air betul2 mendidih dulu pastu celur jer kejap. jgn guna air banyak sgt dan jgn celur lama2.. nanti sotong liat dan keras

    cuba la.. insyaallah sedap :)

    izah >> wahhh hati berlagu riang tu... hihi

    ady >> betul.. betul.. :)

    ratna >> yer la tu kut.. duk menanti kepulangan yg dirindui tu.. :)

    aizura >> silakan.. slmt mencuba :)

    ReplyDelete
  12. mas >> hihii.. biarkan mek labu dgn labunya.. hihihi

    try la mas, sedap.. ala2 thai ni

    zila >> halal dah zila.. silakan.. slmt bersiram ya.. hehe

    nieza >> sedap... try la :)

    shafa >> slmt mencuba :)

    sitiezahim >> nk dptkan putih tu kena buang kulit sutun tu dulu ya..

    ReplyDelete
  13. uishhh cantiknya sutun akak tu..putih melepak gitu...harus dicuba ni..:)

    ReplyDelete
  14. betul tu nieza... nmpk sgt cantik dan tergoda dah pun... :) K.nor.. suatu hari nnt pasti try resipi.. nmpk sedap sesgt...

    ReplyDelete
  15. hissshhhh... nampak sedap je, nak try sekarang jugak!

    ReplyDelete