f Secubit Garam: Sup Telur Berempah

N3 Terkini

Friday, April 15, 2011

Sup Telur Berempah

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni menu yg ringkas aje ya.. Resipi dari rumah CMGebu. Sedap layan sup time panas2 gini kan.. Maaf ya Che Mat terpaksa derhaka sket. Kebetulan cendawan hitam tu dah abis stok jadi K.Nor gantikan dgn cendawan shitake dan cendawan tiram. Tak kisah la kan, cendawan jugak! K.Nor pun mmg suka letak cendawan htiam/kerinting tu kalau dalam sup ke, mee rebus ke.. mmg best.


Mintak izin ya Che Mat nak kopipes resipi tu kat sini.. Halal ya.. Mekasih..

SUP TELUR BEREMPAH
resipi : CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred C (atau gred B)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 8 setiap biji, rendam
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji
1/2 cekak soo hoon
1 kiub ayam Maggi
1 bungkus sup bunjut adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 keping cendawan black fungus, cuci dan hiris
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, dihiris
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan sup bunjut.
Tambah kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang empuk. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
Tambah soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun sup...

19 comments:

  1. sedappnya sup tu kak nor...
    mas suka....mas suka...mas suka.....
    amboii..kentang bentuk love, carrot bentuk bintang..
    telur tu jerk tetap membulat....
    nak semangkuk....
    letak cili kicap ni memang sedappp...
    maksudnya..sup ni mas ratah macam tu jerk....kan diet...he..he...

    ReplyDelete
  2. nr..sedapnya sup telur.
    akak memang selalu buat..tapi tidak berempah dan cuma campur kentang dengan suhun je..

    ReplyDelete
  3. kak Nor nak semangkuk hari ni tak posa... sampai cepat sikit ni...

    ReplyDelete
  4. mas >> nak buat gak telur tu bentuk bulan tp tak ada acuan hehee..

    mmg syok kalau utk diet ni mas.. ehh sejak bila diet2 nih :)

    k.erna >> try la kak sedap ni .. ratah aje pun sedap :)

    ita >> jom.. jom... sampai awal boleh la sama2 meratah :0

    ReplyDelete
  5. Sup telur...emmmm...sedapnya...

    ReplyDelete
  6. x pernah lagi mkn sup telur,selalu msk lemak biasa la..

    ReplyDelete
  7. peberet saye ni sup telo!~ huih, kalo dpt makan panas gandingkan ngan sambal ketuk..fuhhhh..terliur argh (walopun baru wat smalam..kekeke)....

    ReplyDelete
  8. kak, sedapnya..nk semangkuk nk hirup kuah ni...skt tekak lum baik mkn sup ni jer boleh pun...:)

    ReplyDelete
  9. amboii kak nor, bulan, bintang, hati suma ada ye kak nor...hihi sesuai untuk hidangan anak2 kan!

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum kak

    ade soo hoon tu yg xthn tu,hihi

    ReplyDelete
  11. kak nor ni kan, suka goda orang tau. tak tahan hati tul lah..ishh3.

    ReplyDelete
  12. kak nor nak bintang hatiku tu.

    ReplyDelete
  13. Salam kak nor..aduhh malam2 nampak akak masak ni, menggodaa ...hehe

    ReplyDelete
  14. pagi kak...mana kotak jerit2 akak nih? hihi
    mlm td ingt nk wat sup gini tp tgk2 takde bhn lak..main hentam labu..eh..hentam tofu je kita punya sup..hihi

    ReplyDelete
  15. k.cek >> nak offer pun dah abes :)

    EE >> kalau masak lemak tu biasanya org guna telur itik baru cantik hasilnya dan sedap kan.. kalau sup gini guna telur ayam pun dah cukup sedap.. try la.. mudah tp menyelerakan :)

    noor >> oooo dah buat smlm tp tak ajak akak makan ya.. siap dia! :)

    ReplyDelete
  16. nieza >> kalau sakit tekak kena makan benda sejuk la utk kurangkan radang kat tekak tu..cuba makan yogurt atau eskrim (vanila) insyaallah cpt sembuh

    zarin >> hehe kalau dah ada bulan (telur) kena la ada bintang (carrot) pastu hati (kentang) pun jatuh cinta.. hehehe

    pia >> w'salam.. sedap ni pia.. tak cukup seperiuk smlm :)

    ReplyDelete
  17. jemarioren >> hikhik.. udah tergoda ya.. buat lah.. mudah jer ni :)

    sam >> bintang hatiku dah selamat!! :)

    che mat >> aik che mat, kata nak tidur awal, nak ilangkan tensen.. pkl 12 pun tak tidur lg ya.. :)

    ana >> akak dah simpan kotak jerit tu.. nak jerit, jerit dlm ni jer la ya..

    laa... kata nak buat tp jd sup lain ya.. tkper.. lps ni buat lagi bila bahan2 dah cukup.. akak suka sup2 telur gini.. syok!!

    ReplyDelete
  18. dah cuba resepi nie..memang sedap sangat... thanks kak..

    ReplyDelete
  19. SEDAPNYER...nanti nak try la.hihi

    ReplyDelete