f Secubit Garam: fridge magnets
Showing posts with label fridge magnets. Show all posts
Showing posts with label fridge magnets. Show all posts

Monday, August 8, 2011

NEW TOYS ^___^


ASSALAMUALAIKUM...



Semalam dapat panggilan dr sorang kawan anakanda yg jauh nun di Jordan. Dia cakap nak hantar barang kiriman org jauh.. wahhhhhh tak sangk pulak dpt seawal ni. Ingatkan dia bawak balik tahun depan bila dah abis belajar. Kebetulan kawan se U dgnnya yg duk Trg gak balik bercuti sebulan (dapat beraya dgn famili tu.. ) jadi dia kirimkan sekali la barangan tu.  Ingatkan Along nak buat suprise ke K.Nor (tp mmg suprise pong sbb dia tak beritau awal2 nak kirim melalui kawannya tu) rupanya tenet kat tempat dia buat hal, selama 3 hari. Patut lah bila K.Nor cuit dia kat YM tak berbalas.. ingatkan bz atau kurang sihat..


Dalam satu kotak barangan yg dikirimkan tu, 70% adalah barangan K.Nor jer.. hehehe..  Yg lain2 tu barangan utk si ayah dan adik2 dia gak la.. Nak tau apa yg K.Nor terima? Meh nak share.. bukan nak menunjuk2 ya.. sekadar nak share apa yg diterima jer.. Bukan senang sorang anak teruna nak tulun belikan barang2 gini utk si emak dia tau.. Selama ni tak pernah tau pun apa itu SM.. Ni jasa Mimi yg bg idea suruh Along belikan masa Along buat Euro Tour bersama kawan2nya pada bulan 6 baru2 ni. Sebulan tau dia dan geng2nya round Euro. Berbuah2 negara dia pergi, bermacam2 tempat dia lawati. Paling syok tu sbb masa tu musim bunga kan, banyak bunga2 terutamanya tulips yg sedang mekar.. bestnyer la kalau dpt gi .. 

Silicon Mould berbentuk bunga rose ni dtg dlm satu set masa dibeli, iaitu bekas letak tepung dan mould utk buat bentuk daun (dlm plastik tu). Dapat gak satu buku resipi. Agak2 kalau buat kek chiffon ok tak ek.. kut2 ia berdebuk jatuh masa kita tonggengkan kek dgn mould bila dah masak.. Any idea?

 SM lagi.. ^__^

SM utk madellines, cookie cutters (ninja) dan mould utk ais (berbentuk castle)

Setiap kali Along ke mana2 pastinya dia tak lupa item yg sentiasa menjadi pojaan hati si emaknya tu.. Apa lagi kalau bukan...... :)





Bertambah lagi koleksi FM, nampak gayanya kena beli satu lagi board ni kat IKEA.. Yg dulu pun tunggu masa sesuai jer nak kasi gantung hehe.... Mekasih anak mak.. Sayang dia.. :)



Opsss... lupa.. Mekasih buat Rozie (yg dulunya duk UK skrg dah balik M'sia) yg dah bagi info kat mana nak dapatkan SM yg lawo2 ni.. tq ya.. :)



Monday, January 10, 2011

Koleksi FM

Nak warning awal2 ni ya... Pada sapa2 pengumpul Fridge Magnet (FM) dan rasa2 naik tahap kejelesan bila tengok tayangan K.Nor pg ni.. sila tutup mata anda! hehehehe.. Kalau tengok jugak, pastu nak ngendeng2.. mintak ampun la ya.. setiap satu FM ni tak ada 2 atau 3 yg boleh dikongsi2kan.. Kalau ada insyaallah boleh K.Nor berikan tp anakanda tak beli lebih kali ni. Sebab harga utk setiap satu tu agak mahal dr yg beli sebelum ni. K.Nor nak bg pun sayang!!  Jadi cuci mata aje la ya.. 

Yang ni koleksi terbaru K.Nor, yg Along bawak balik baru2 ni. Yg ada tertera Jordan tu yg dia beli kat Jordan la.. Yg dlm kotak ( ada 2 kat atas, tengah2 tu) dia beli masa transit kat Bahrain. Ada yg dari Australia, Wales dan Disneyland tu, dia kirim kat kawannya yg gi ke sana. Along ni tau, K.Nor mmg suka collect FM, jadi bila ada geng dia nak kemana2 mesti dia kirimkan FM.. Mana la si emak tak layan keinginan anak nak makan itu ini kan.. hehe

Yang ni pulak yg dia bawak balik masa dia balik sebelum2 ni. Ada dr Turki, Syria, UK/London pun ada.. Ni semua dia beli bila dia jalan2 ke sana masa cuti. Yg berbentuk daun tu (ermm.. tak perasan terbalik kedudukannya tu) ada kalimah bismillah..  Yg berbentuk Cadbury World tu dia beli masa ke UK, 2 tahun lepas. Masa tu adik K.Nor dan familinya ada kat sana. Along ni sempat jelajah stadium2 bola kat sana dan melawat kilang coklat Cadbury..  K.Nor tak halang dia nak kemana2 sbb masa ni la nak amik kesempatan melawat negara org. Nanti dah abis belajar dan start kerja dah payah nak melancong. Dia pergi pun dgn kawan2nya. Lagipun dia lelaki kan, tak la bimbang sangat. Insyaallah dia pandai bawak diri..

Cantik kan .. hehe


erkkkk!!!! dah lewat nih.. masuk opis dulu ......... zassssssssssssss !!!! ^_________^