f Secubit Garam: MUFFIN COKLAT

Thursday, July 28, 2011

MUFFIN COKLAT

ASSALAMUALAIKUM...

Food review 7..

Ishhhh baru jer taip tajuk dah tertekan publish.. Tu la, duk mengarang sambil duk berskype dgn Mek Siam la ni.. hehe

Ok.. ni last Food Review.. Muffin Coklat, resipi Yani yg sentiasa menjadi pojaan ati anak2. Garing di bahagian atas dan lembut di dalam. Muffin ni K.Nor godek utk Naim, sebelum dia naik bas malam Jumaat lepas. Dari awal mmg plan nak buat something utk dia sbg bekal naik bas tp bila petang tu rasa penat sgt2. Masa tu badan kurang sihat sebenarnya. Tapi lepas Maghrib tu rasa cam kesian la pulak kalau tak bg apa2 sbg bekal utk dia. Dah la sampai stesen pagi2 buta, mesti lapar kan. Last2 tanya dia nak ke bawak bekal muffin, dia kata boleh gak. ermmm... terus la cari resipi muffin. Ada yg berkenan di hati tp bila tengok telur, tak cukup la pulak.  Telur ada 2 biji jer dlm esbok! Last2 terpaksa gak godek resipi Muffin Coklat Yani ni, tak jadi nak menerai resipi muffin baru tu.


Lepas godek adunan muffin, bakar, ngam2 jer muffin masak, terus hantar dia ke stesen bas. Buat muffin ni kejap jer, antara tempoh preparation hingga ke masak tu, biasanya dlm 1 1/2 jam jer. Ada gak yg amik masa lagi cepat dari tu.

Jom tengok resipi Muffin Coklat yg menjadi kegemaran anak2 K.Nor ni...

MUFFIN COKLAT 
resipi : Yani

Bahan:
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder



Cara:
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh (K.Nor letak 3/4 penuh cup)
Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.