f Secubit Garam: Moist Yogurt Chocolate Cake

Monday, July 11, 2011

Moist Yogurt Chocolate Cake

ASSALAMUALAIKUM....

Layan gambar jer dulu, tuan rumah nak keluar. Dah  balik nanti, baru masukkan story ttg kek ni. ehhh... Izah!! mana kek besday yg kata nak buat tu? hehe

Special utk AlongRoz ^____^

Waduh... lepas masukkan entri td terus keluar, meronda keliling bandar KT keluar masuk dr sebuah kedai ke sebuah kedai mencari barang yg dihajati tp tak berjumpa dgn yg betul2 berkenan di mata. Dah la naik kuda besi jer ( kalau naik kereta kang payah nak parking) hajat hati nak singgah kedai baking beli cooking choc pun tak jadi, takut cair tengah jalan.. panas terik wooo... Tapi lebih baik nak kuda besi dr naik keter, senang nak ke situ ke sini, nak main pusing sambil mata cari kedai yg boleh disinggah... Dah jumpa yg berkenan, stok pulak tak ada.. yg display tak elok dah.. bercalar situ sini.. Kena survey dulu nak beli kan, tu yg pusing satu bandar cari barang yg diperlukan.. Kena gi smula next week, kut2 item baru masuk.. (ni tak ada kaitan dgn barang baking or cooking yaaa.. heheheheh)

Ok berbalik pd kek cekelat ni, K.Nor mmg dah plan nak buat dr minggu lepas lagi tp sbb minggu lepas puasa direct seminggu jd mood nak makan kek kurang la kalau puasa kan. Lain la kalau dessert.. mmg laju kalau time puasa.  Pastu nak buat Sabtu baru2 ni, duk meroti pulak. Tu yg buat smlm (Ahad), dah la kek lambat sejuk, nak buat ganache kena tunggu kek betul2 sejuk, kalau tak ganache jd cair jer.. tak cantik. Hampir maghrib baru kek sejuk, last2 solat Maghrib dulu, pastu terus tunggu lepas solat Isyak baru godek ganache. Bila siap semua deco (deco yg tangan kejung jer tu - setahun sekali mendeco gitu la rupanya kan.. hehe) dah pukul 10 mlm.. males dah nak masukkan entri, tu yg pagi ni baru postkan entri.

Besar gak hasil sebiji kek dari satu adunan ni, kalau utk makan2 satu famili kecik boleh buat 1/2 adunan jer. Utk makluman, kalau ikutkan dlm resipi perlu letak sour cream tp K.Nor tak ada stok sour cream jd K.Nor tukar pada yogurt spt yg  K.CManggis buat. Alhamdulillah.. sedap, moist jer kek ni. Tambah lagi bila ada ganache tu.. mmg la lagi best! Mekasih pada AlongRoz yg dah share resipi ni. Mintak izin ya Along, Nor nak share kat sini pulak.. Tq :)

MOIST SOUR CREAM CHOCOLATE CAKE
By: Roz@HomeKreation
Sumber-kek: AllRecipes (di alih bahasa oleh HomeKreation)
Sumber-Chocolate Ganache: HomeKreation
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2: Saiz: 9" bulat
1 cwn Serbuk Koko
1 cwn Air Panas
1 cwn Mentega - di lembutkan
2½ cwn Gula ~ k.nor guna  1 cawan gula castor dan 1 1/4 cawan gula perang
4 bj Telur
2 st Esen Vanilla
3 cwn Tepung Kek*
2 st Baking Soda*
1 st Baking Powder*
½ st Garam* (* ayak sekali)
1 cwn / 8 oz Sour Cream (Along guna peket 200g mcm gambar) k.nor gantikan dgn yogurt plain


CARA2:
1. Campurkan koko & air panas. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sehingga gebu.
Masukkan EV & telur sebiji2 sambil di pukul rata.
Gaulkan tepung & sour cream berselang-seli sehingga habis & sebati.
Akhir sekali, gaulkan bancuhan koko tadi.
3. Bakar 170C selama 1 jam sehingga masak (test dgn lidi).
(Along punya masak selepas 1½ jam, test setiap 10 min selepas 1 jam)
4. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan.
Potong kek kpd 2 atau 3 lapisan.
Lapiskan/di sapukan dgn chocolate ganache.

CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream
- Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
- Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

TIPS DR ALONGROZ:
1: Bagaimana cara nak sapu topping supaya licin.
    Tuang ganache kat tengah2 kek sehingga merebak sendiri menyelaputi seluruh permukaan atas kek - tak payah guna sudip sebab nanti permukaan tak licin. Ganache yg di biarkan terlalu lama di suhu bilik akan membeku sedikit & ini akan menyulitkan proses menuang, jadi jangan tunggu2 ok.
    Untuk bahagian tepi, biar ganache beku sedikit & sapu bahagian tepi kek menggunakan bahagian belakang sudu. Selepas tu, boleh lah di garu menggunakan scraper untuk mendapatkan pattern spt dlm gambar di atas.
    Paipkan pettern rosette kecil untuk menutupi tepi keliling atas kek.

 Silakan.. potong sendiri ya... ^__^