f Secubit Garam: Ayam Panggang Yogurt Berempah

N3 Terkini

Friday, July 8, 2011

Ayam Panggang Yogurt Berempah

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya problem pagi tadi dah solve kut. Google ni upgrade drafblogger.com rasanya. Ni bila guna google chrome boleh masuk dan layout draf ni sama masa guna yg IE tadi. Mungkin tu la yg terjadi pagi tadi. Tapi tak best ler guna layout gini.. Rasanya lebih suka layout yg lama.. Yg ni buat K.Nor teraba2 dalam cerah, bukan dalam gelap ya.. Agaknya kena explore lebih sket baru dpt faham kaedah layout yg baru ni. 


Ok lah jom kita ke menu lunch hari ni. Ayam Panggang Yogurt Berempah, resipi hasil terliur kat rumah K.Zai baru2 ni. Nak buat esoknya tu, Cik Abg tak ada, jadi kena la tangguh ke Jumaat sbb semua ada kat rumah. Alhamdulillah.. sedap!!! K.Zai amik resipi kat rumah Wana, ibu Sarah yg comel lote tu.. Dan resipi tu hasil Wana google kat tenet kalau tak silap dan dah dialih bahasakan oleh Wana. Tq yg Wana dan K.Zai.. Nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak ya... :)


AYAM PANGGANG YOGURT BEREMPAH
Sumber: Wana@Potret Kasih & K.Zai

Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon - k.nor letak 1 sudu besar jer
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan
1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.

nota :
kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.


14 comments:

  1. oishii sou...nanty kalo ayu lega dari sakit tekak ni leh try buat gak...masak gini heroes mmg suka mkn :D

    ReplyDelete
  2. ayu >> uishhh cepatnyer ayu masuk komen.. hehe.. tak sihat ya.. batuk ke? semoga segera sembuh ya.. pastu boleh cuba masakan ni :)

    ReplyDelete
  3. Sedap...sue tak dak mood nak masuk dapur lagik ni...Hantaq pinggan aja kat rumah akak ni..boleh?..kikikikikiiiii

    ReplyDelete
  4. akak...ni rasa dia cemna? ada masam2 tak? heh..macam tau2 je ada ayam ngan yogurt dlm esbox kita..kak nor nmpak eh? hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha 1st time terjah ...kebetulan ader depan pc masa akak pos n3...sakit tekak sampai ke telinga....:((

    ReplyDelete
  6. Nor...sedapnya ayam panggang yougurt berempah ni...bulan2 posa nanti ,,,mkn ayam2 panggang ni sedap kan...:)

    ReplyDelete
  7. wahhh...sedappnya ayam panggang..
    lama dah mas tak memanggang ayam...

    ReplyDelete
  8. blh cuba bt ni.nmpak sedap sgt!
    n blh gak cuba bt yogurt sendiri :)

    ReplyDelete
  9. dtg bwk pinggan kosong :D arini kita malas kak masak maggi jerr hihihi.... nak jugak! nak jugak! sedap niii esok plan nak buat nasi ketumbar nak lwnkan ayam masak apa ya? bg idea sikit kak :D

    ReplyDelete
  10. salam kak nor dear..mokwo nih pun dah jangkit ijah bangkok..huhu..
    errr banyak lagik ker cajun tuh?? hihi

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum akak..
    wah nampak sedaap ler ayam nie akak... masuk list dulu resipi nie.. tergoda sudah.. :)

    ReplyDelete
  12. Selamat malam k.nor....teruja jer tgk ayam k.nor ni tau...elok jer kalernya...dari jauh dah nampak menarik...

    ReplyDelete
  13. sedapnya tgk ayam panggang ni..tapi yogurt baru jer abis..nanti pi cari yogurt dulu..hehe

    ReplyDelete
  14. to sue, ana, k.cek, mas, del, ijah, mokwo, diana, nieza, lieza dan lain2..

    sila la buat ayam panggang ni, mmg sedapppppppppp!! ada rasa masam2 sket dan ada rasa pedas2.. mmg yummy! tak rugi punya kalau mencuba :)

    ReplyDelete