f Secubit Garam: Donut Ball

Saturday, July 2, 2011

Donut Ball

ASSALAMUALAIKUM..

Lama betul tak mendonut. Kalau Izah dan Anna, boleh dikatakan tiap2 minggu buat donut nak2 si Mekyung Anna tu, agaknya hari2 buat donut. Duk tengok situ sini tayang donut nak2 Donut Ball resipi Dayang, terasa nak mendonut gak la. Lagi pun ada 2kg stok tepung roti. Tak lama lg dah nak puasa, kang membazir tepung tu. Biasalah, bulan puasa mana ghajen nak meroti, donut atau yg sewaktu dengannya. Yg laris di pasaran time bulan puasa biasanya dessert kan. Biasanya lamaaaaaaaaaa lepas raya baru mood meroti dtg balik. Lagipun lepas raya dalam bulan Syawal K.Nor dan si anak dara terus sambung dgn puasa ganti dan Cik Abg puasa enam. Lepas dah settle semua baru la nak panaskan balik oven. Takut ada penghuni lain jer dlm tepung roti tu, dah la barang semua naik harga skrg ni kan.. ermmmm.... rakyat banyak duit kan.. hehehehe.....


Balik pd Donut Ball ni, mmg tak makan masa lama nak buat la.. Kejap jer dah boleh bentukkan pastu biarkan kejap dah boleh goreng. Skrg ni cuaca kan panas terik tu yg cepat dpt siapkan satu adunan donut ni. Memang lembut dan gebu jer donut ni. Luqman ler yg banyak bantu masa membentuk donut sbb dia mmg suka donut. Bila tau K.Nor nak buat donut dia yg paling happy. Bila dah siap goreng berketul2 dia makan. Semalam siap pesan, simpan sket utk dia buat breakfast pagi ni sebelum ke sekolah utk larian 1M. (rasanya seluruh M'sia join larian 1M ni kan.. hehehe)

Mekasih Dayang atas resipinya, memang sedap. K.Nor nak share kat sini lak ya.. :)

DONUT BALL (Resepi II)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein (k.nor tambah 1/4 cawan lg sbb adunan agak lembik)
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 caw. air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :
Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

* K.Nor humban semua dalam BM tapi part campuran yis dan 1/4 cawan air tu mmg K.Nor bancuh dulu.