f Secubit Garam: Ayam Goreng Ala Kaprau

Thursday, July 14, 2011

Ayam Goreng Ala Kaprau

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat berpuasa Nisfu Syaaban pd yg bakal berpuasa esok.. semoga Allah melimpahkan rahmat atas kita semua.. amin....


Sebelum ni K.Nor dah pernah try DAGING GORENG ALA KAPRAU, resipi K.Jee tu kan..  kali ni, K.Nor tukar bahan utama tu kepada ayam. Bagi yg tak makan daging atau tak ada stok daging dlm esbok boleh la cuba masakan Kaprau versi ayam lak ya..


Opsss lupa nak beritau, kalau yg versi daging dulu K.Nor guna daun limau purut, kali ni utk ayam K.Nor ikut direct kehendak resipi dgn guna daun selasih. Kata K.Jee masakan yg dimakan di restoren tu diletakkan daun selasih. Jadi K.Nor nak cuba la rasa camna masakan ni kalau menggunakan daun selasih. Not bad, masih tetap sedap tapi bg anak tekak K.Nor masih menggemari masakan yg diletak daun limau. hehehe.. ampun K.Jee ya.. Nak buat camna, selera anak tekak masing2 tak sama kan. Bukannya tak sedap tp lebih serasi rasanya dgn anak tekak ni kalau guna daun limau purut. Jadi terpulang pada citarasa masing2 nak guna daun yg mana satu ya.. 

K.Jee, Nor letak resipi versi ayam yg dah diolahkan utk memudahkan teman2 lain nak cuba ya.. Tq...

AYAM GORENG ALA KAPRAU olahan dr resipi asal Daging Goreng Ala Kaprau oleh K.Jee
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil (boleh juga digunakan bahagian isi sahaja) *
1/2 sudu kecil garam*
1/2 sudu kecil serbuk kunyit* (* digaul)
~~~~
3 sudu besar pes tomyam
5 cili api ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar gula
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
1/2 cawan
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan goreng ayam masak tp tak perlu terlalu garing.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis 1/2 dari bawang besar yg dipotong baji.
Masukkan juga cili padi, pes tomyam, kicap manis, sos cili dan gula. Goreng hingga wangi.
Masukkan ayam, 1/2 bahagian lagi dr bawang besar dan juga daun limau, kacau lagi hingga sebati.
Masukkan air dan goreng hingga kepekatan kuah yg dikehendaki.
Angkat dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


Menu gandingan dgn Ayam Goreng Ala Kaprau...

Tumis Air Kobis Campur2..
(campur segala yg boleh dicampur.. pucuk, ubi kentang, suhun.. jadilah sayur kegemaran K.Nor.. cukup suka meratah sayur gini.. sedap! )