f Secubit Garam: Light Cheese Cake

Wednesday, July 6, 2011

Light Cheese Cake

ASSALAMUALAIKUM...

Special utk tuan resipi, HaSue@Mek Mukah.. Sila amik yg sepotong ni jer ya.. yg lain tuan rumah dgn anak2 tuan rumah dah ngap abis.. So pada yg lain2 terutamanya yg belum buat, sila la gi godek sendiri kat dapur masing2 nun. Yg dah buat cam Mek Ampang, buat jer la kali ke berapa pun, tak jd masalah dgn lemak2 kan.. semua duk jogging atas sofa bak kata Mas.. hihihi.. Mas kata tau. bukan K.Nor kata.. hehehe


Mekasih Sue, mmg light sungguh ciskek ni. Ada persamaan rasa dgn Slice Cheesecake, resipi Ros JintanManis cuma Ros guna slice cheese. Memang salah satu kek pebret seisi keluarga ni. Buat satu adunan dpt loyang kecik jer.. tak puas makan. Tapi dek rasa nak balas budi tuan resipi, simpan gak sekeping yg ni utk dia.. Sue.. kita geng arini kan.. kan.. heheheh


Utk resipi, boleh tengok kat bawah ni. Utk nak tengok step by step nak buat ciskek ni boleh tengok kat SINI. Tuan resipi bermurah hati buat tutorial tu.. So... jgn jdkan alasan tak reti atau tak faham cara nak buat la ya.. Sue dah ajar semua tu.. tp kalau ada yg tak faham gak, boleh aje nak bertanya dgn K.Nor ataupun tuan empunya resipi..

LIGHT CHEESE CAKE
Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.