f Secubit Garam: Nasi Tomato

N3 Terkini

Sunday, November 15, 2009

Nasi Tomato



Hari ni plan nak buat lauk Daging Kandar KakAsma. Dalam nak tanak nasi putih, terfikir lak nak buat nasi tomato. Dah lama tak buat nasi tomato dan elok gak rasanya daging kandar digandingkan dgn nasi tomato. Terus buka blog dan nak skodeng dapur blogger lain bg mencari resipi nasi tomato.


Hasil skodeng rumah Ummi Kuantan, terjumpa dgn Nasi Tomato by Che De Sam ni. Biasanya kalau K.Nor buat nasi tomato guna resipi Choppy MyR tp kali ni kita tukar selera lak ya. Sedap gak nasi tomato ni, simple jer bahan2 dia dan rasanya pun tak muak.

To Ummi & Che De Sam, halalkan ek nak letak resipi kat sini.. tq



NASI TOMATO by Che De Sam

Bahan:-

5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.

1/2 cawan susu cair

4 biji tomato - cincang

1/2 cawan sos tomato

2 sudu besar marjerin/minyak sapi

5 sudu besar minyak

garam

air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)

daun pandan/daun sup

Bahan Tumis:-

3 ulas bawang putih - hiris

5 ulas bawang merah - hiris

1 inci halia - hiris

3 biji buah pelaga

3 kuntum cengkih

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:
Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau.
Masukkan susu cair , tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan beras dan daun pandan.
Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan2.
Hiaslah dgn bawang goreng dan daun sup.

14 comments:

  1. cantik la ns tomato akak!! beras pun beras baik tu!!

    ReplyDelete
  2. Kita baru bersemangat tak nak makan nasi. Bila tengok nasi ni, terus bersemangat nak masak n makann nasi. uwaaaaa.

    ReplyDelete
  3. alamak...saya tengah diet nasi ni! nak sepinggan...nak sahur awal pagi nti...

    ReplyDelete
  4. Amboi sedapnye nampak nasi tomato nih. Kite pun lama dah tak buat nasi tomato. Ada masa nanti nak try lah. :)

    ReplyDelete
  5. sedapnyer nsi tomato..tringin nk mkn la.. singgah mkn sini boleh..

    ReplyDelete
  6. ain >> k.nor guna beras basmathi, kebetulan ada sepeket beras tu kat dapur..

    gerau >> ni mesti kes HTN ya.. nak masak boleh, makan sket dah la.. bg suami dan anak2 yg makan lebih hehe

    azita >> aik nak diet, tp order nasi pulak ya..

    ijan >> tu pasal la ijan, k.nor mmg dah lama pun tak buat nasi tomato ni

    emi >> kalau boleh mmg nak hidangkan pd semua org, tp yg tinggal gambo jer la lagi emi.. yg realiti dah pinish :)

    ReplyDelete
  7. kak nor...klu guna beras biasa blh x?? ingat nk ry ms celebrate besday ayah nnt ^_^

    ReplyDelete
  8. kak nor...tang bler akk gune marjerin tue?

    ReplyDelete
  9. sakura >> aduhai sori sgt2 saya tak perasan langsung ada pertanyaan ni..

    boleh aje tak guna beras basmathi, guna beras siam pun ok

    puteriqhalisyahamira >> oohh marjerin/minyak sapi tu kita guna mula2 la.. panaskan periuk dan masukkan la majerin dan juga minyak.

    ReplyDelete
  10. uaut utk mkn tghr td..mmg sedap.. (;

    ReplyDelete
  11. kyo >> salam kyo.. mekasih sudi cuba nasi tomato ni..

    k.nor nak maklumkan ni.. blog kyo ada malware la.. dah acapkali cuba nak masuk selalu jer ada pak guard baju merah tu.. :)

    ReplyDelete
  12. ada malware ye kak.. nnt sy cuba usahakan cmno nak settle.. bab2 ni x pandai.. hehe..thank kak nor coz bg tau (:

    ReplyDelete
  13. kyo >> kat warning tu kata blog pinkyplue.com punca malware tu.. so kyo kena delete atau buang link blog pinkyplue.com dr bloglist kyo.. tu jer cara nak halang malware masuk blog kyo

    ReplyDelete