f Secubit Garam: SIEW PAK CHOY & DAGING PANGGANG BERSOS CILI SPECIAL

N3 Terkini

Monday, November 2, 2009

SIEW PAK CHOY & DAGING PANGGANG BERSOS CILI SPECIAL

Haaa.... Masz, K.Nor dah buat ni!! Sedap! Kalau ratah aje laaaaaaaaaaaagi sedap!! Kalau sapa2 nak tau cerita disebalik tabir resipi ni kena gi rumah Mek Kajang ni ya..

Masz, akak nak kopipes deh...

Bahan2
2 ikat pak choy (sayur sawi)
400 gm daging batang pinang
sedikit garam & lada hitam

bahan sos cili
2 biji cili merah ~ k.nor tambah 3 bj cili api utk lebih meletop:)
1 inci halia muda
1 ulas bawang putih
1/2 biji jus lemon
3 sudu besar kicap cair

Cara2
Celur pak choy hingga agak layu - angkat, tos & ketepikan
Perap daging ngan garam & lada hitam (yg dh ditumbuk)
Kemudian bakar dalam oven - 20 min 200C / daging masak sepenuhnya/separuh masak
Hiris daging nipis2 kemudian susun atas pak choy tadi
parut/tumbuk bahan2 sos kemudian satukan semua bahan kemudian dicurahkan atas pak choy & hirisan daging panggang tadi... dah siappppp!! :) ratah pon sodap!!


4 comments:

  1. sedapnyaaaa!!!! lama tak masak sayur pakcoi ngan oyster sauce. teringin la pulakkkk!!

    ReplyDelete
  2. ahahahhahah...kak jangan meletop kat bhg lain lepas makan ni sudah larr ye...ngeeee....

    Mekasih sudi coba resipi JO ni..(yg hantam kromo je tu) tp mmg sedap meletup2 kannnn... :)

    ReplyDelete
  3. memang tak yah makan lagi pun dah tau sedap. memang kena cuba pada suatu hari nanti .

    ReplyDelete
  4. ain >> sedap tau.. try la.. simple jer tu

    masz >> rasanya kena panggil bomba kut kalau meletop kat tempat lain tuh :P

    gerau >> cuba ... jgn tak cuba ya

    ReplyDelete