f Secubit Garam: Sizzling Siput Mee

N3 Terkini

Tuesday, November 17, 2009

Sizzling Siput Mee

Haaa... dah tukar nama tu.. Sebab apa? Sebabnya tak guna yee mee tp guna siput mee@mee siput.. hehehehe Yer la kan, dah kalau guna yee mee baru la boleh panggil Sizzling Yee Mee kan.. Ni guna mee siput so tukar la kepada Sizzling Siput Mee. Boleh kan.. Ni kes nak perabis stok mee siput pemberian Azie nun di PG. Hari tu dah try buat mee goreng yg pd K.Nor mmg best, tak muak. Kali ni try lak dgn stail sizzling. Apa salahnya kita pelbagaikan cara masak mee tu. Tak la semata2 goreng dlm minyak panas dan makan dgn sambal ikan bilis kan.. Ampun ya Johorian, K.Nor dah ubah stail makan mee siput nih.. :)


Resipi Sizzling Siput Mee asalnya dr Sizzling Yee Mee by Mdm Lilydvalley MyR. Ramai dah cuba kan, dan K.Nor salah sorang penggemar mee sizzling ni. Gitu gak dgn Cik Abg, Naim dan Aisyah (Luqman payah sket bab mee nih, yg dia minat mee kari dan mihun soto).

Lily, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini, tak payah ler nak ulang alik p MyR ngintai resipi ni kat situ.




SIZZLING YEE MEE/SIPUT MEE by Lilidvalley MyR
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee/mee siput
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis]
  • 1 sudu cili mesin (yg ni k.nor tambah.. biasa la anak tekak melayu kan )
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya (kalau tambah cili mesin, boleh la dimasukkan masa ni, masak hingga cili tu garing sket)
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
# jika guna mee siput :
  • panaskan air hingga mendidih dan celur mee siput
  • jgn terlalu lama, nanti lembik dan toskan
  • rendam kejap dlm air sejuk biasa utk mengelakkan mee td melekat antara satu sama lain
  • toskan
  • hidang dlm pinggan dan curahkan kuah ke atas mee td

3 comments:

  1. Meriahnya bahan sampai tak nampak mee, good idea Kak Nor, kat umah pun ada stok mee siput yg belum berusik lagi. Boleh ler cuba try test pas nie

    ReplyDelete
  2. saya suka betul cendawan shitake tu!!! klu mkn sizzling mee kat luat , suruh letak lebih2. kalau tak saya cukai hubby punya.hihihi

    ReplyDelete
  3. jamie >> saja jer la.. pelbagaikan kaedah masak mee tu kan.. tak la dgn satu kaedah jer .. try la jamie.. sedap dan tak muak

    ain >> hihi ngelat ya.. try la wat sendiri ain, mudah jer tu.. boleh la nak letak sebanyak mana pun cendawan tu utk ain ratah sorang2 hehehehe

    ReplyDelete