f Secubit Garam: Telur Ikan Goreng Kunyit

N3 Terkini

Friday, November 20, 2009

Telur Ikan Goreng Kunyit

Ni sebenarnya menu ulang tayang. Dulu dah pernah buat dan dah pernah show tp hari ni buat terasa nak show gak sekali lagi. Masakan yg simple tp sedap nak2 dimakan dgn nasi panas2..



TELUR IKAN GORENG KUNYIT

300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
2 tangkai daun kari
tomato/tomato cherry

Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

6 comments:

  1. Bestnyaa!!! saya suka gak telur ikan tp tak pernah dpt nak beli. kena gi psr tani kot baru ada. Nak gi psr tani tu yg tak terpegi2.hihi

    ReplyDelete
  2. E-na lak mmg x mkn telur ikan..huhuuu rugi la yek..

    ReplyDelete
  3. amboi kak nor. Kalau kita makan ni, tak yah makan ikan setahun sebab dah banyak ikan dalam perut. he he he. Best nyeer. kita memang suka telur ikan. Kalau telur ikan mayong, atau ikan sembilang pun kita suka.

    ReplyDelete
  4. kak..nih telo ikan apa ekk?selalu masak telo ikan skali ngan badan ikan jek..sbb x penah beli telo semata..hehe

    ReplyDelete
  5. ain >> yg tu pun k.nor beli kat pasar tani gak ain.. bila jumpa yg fresh sket baru beli

    e-na >> cuba la e-na.. tak cuba tak tau kan..kalau e-na masak sendiri cuba rendam dgn air asam jawa sket utk kasi hilang hanyir.

    gerau >> mcm la benda tu berumah kat dlm perut, gerenti menuju indahwater tu.. so tak sempat la jd ikan hehehhehe. ermm tak pernah lg makan telur ikan mayong. yg bulat besar2 tu kan..

    sue >> samada telur ikan tenggiri atau tongkol. mmg biasanya dia org jual gitu jer, yg dah kena siang ikan nya, dia org asingkan telur tu.. sedap tau sue nak2 bg org yg sukakannya. goreng mcm kita goreng ikan pun sedap gak.

    ReplyDelete