f Secubit Garam: SIZZLING GARLIC BEEF

N3 Terkini

Saturday, October 31, 2009

SIZZLING GARLIC BEEF

Dah lama tengok resipi ni kat rumah Ayu Singapore. Pastu g skodeng rumah Nooren dan jumpa resipi asalnya kat situ. Jadi K.Nor amik kat rumah Noreen aje la ya.. Mintak halal ya Noreen, nak tampal resipi tu kat sini.

Rasa lauk ni lebih kurang gak dgn daging blackpepper. Bahan2 pun tak banyak beza. Sesiapa yg minat dgn daging blackpepper boleh la cuba ya..

SIZZLING GARLIC BEEF by Noreen

Bahan-bahan (4 org):
500gm daging batang pinang - dipotong nipis2
1 camb soy sauce
3 camt tepung jagung
1 camt minyak bijan
1 camt coarse black pepper - yang kasar
3 camb minyak kacang
1 labu bawang besar - yang kuning potong wedges
4 ulas bawang putih - crushed
bunga kobis - dipotong kecil
brokoli - dipotong kecil
160ml vegetable/chicken stock
2 camb kicap manis

cara:

1. satukan daging, soy sauce, tepung jagung, minyak bijan dan black pepper di dalam mangkuk besar dan gaul rata

2. panaskan 3 camt minyak kacang dan masukkan 1/4 daging perapan tadi dan kacau 1-2 min atau sehingga daging keperangan. setelah itu keluarkan

3. masukkan lagi 3 camt minyak kacang dan ulangi proses ini sehingga daging habis di goreng

4. panaskan lagi kuali dengan lebihan minyak kacang dan tumiskan bawang besar

5. masukkan pula bawang putih dan kacau sehingga naik bau. setelah itu bolehlah dituangkan stock dan sayur2an lain, kacau sehingga sayur agak lembut

6. masukkan kesemua daging goreng tadi dengan kicap manis dan biarkan sehingga daging masak dan lembut

7. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih

6 comments:

  1. ni kalau mkn panas2 ngan nasi, mesti kaw!!!

    ReplyDelete
  2. bestnyeer. Kena susun menu untuk seminggu. Salah satunya inilah resepinya. ummmm.

    ReplyDelete
  3. Kalau ratah pun kaw2 nih.. tapi kalo ratah xleh laa banyak2 ek kak..hehe

    ReplyDelete
  4. ain >> mmg sedap lauk ni ain, anak2 makan dgn berselera jer

    gerau >> try la.. insyaallah sedap

    sue >> mmg syok kalau ratah ni.. tp kalau sue yg nak, akak bg 2 keping jer dah la daging tu ya.. :D

    ReplyDelete
  5. Kejamnya gambar K.Nor tu....menyiksa setiap sudut jiwa dan raga mama!

    ReplyDelete
  6. mamafami >> ampun mama.. tak niat pun nak siksa jiwa org.. hehe

    ReplyDelete