f Secubit Garam: Kalimah Allah Di Akar Pokok

N3 Terkini

Tuesday, October 6, 2009

Kalimah Allah Di Akar Pokok

Seperti yang dijanjikan minggu lepas, ni nak tayang gambar akar pokok yg membentuk kalimah Allah. Gambar ni suami K.Nor shoot lama dah.. dan dah pernah tayang kat forum MyR.

Gambar ni diambil di salah satu pusat pengajian di K.Terengganu. Kalau dulu dikenali dng KUSZA tp sekarang dah bertukar kepada Universiti Darul Iman. Masa mula2 org lain jumpa akar ni, bentuk kalimah Allah tu mmg timbul dan jelas tp masa suami K.Nor g shoot tu dah makin tenggelam akarnya. Disebabkan pasir dan rumput2 yg semakin menutupinya. Biasa lah kan kalau hujan turun yg menyebabkan pasir2 pun bergerak kan. Sekarang ni rasanya dah tak nampak lagi dah kalimah Allah di akar pokok ni kerana pasir2 dan rumput2 dah menimbus kawasan tu.

Betapa Allah nak menunjukkan keagungannya, cuma sebahagian manusia tak pernah nak sedar dan insaf betapa semua benda milik DIA. Betapa dia berkuasa atas segala2nya dan bukan org atau makhluk yg patut diagung2kan dan disembah. Mudah2an kita tidak tergolong dlm golongan yg Allah murkai. Dan semoga Allah membuka pintu taubat buat kita semua sebelum malaikat maut menjalankan tugasnya.. amiin...

13 comments:

  1. Hello all,

    We would like to invite you to promote your blog on our blogosphere. It has similar functions as Innit and Digg. Totally free! (Click on the 'Tutorial' button if you're not sure how to do it)

    Join now: Malaysian Blogger [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  2. Itulah kebesaran ALLAH..!! Subhanallah.. moga kita sama2 mneginsafinya!!!

    ReplyDelete
  3. Dah terlalu banyak yang kita lihat akan kebesaran Allah. Namun masih banyak manusia yang engkar akan suruhan nya.

    SubhanAllah....

    ReplyDelete
  4. Salam...
    “Maka yang mana satu di antara ni’mat-ni’mat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan ?
    Maha sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemulian"
    (Surah Ar-Rahman ayat 77-78)

    ReplyDelete
  5. imc curtain >> tq for the invitation...

    am >> insyaallah...

    mak teh >> salam mak teh..

    CT >> dia org masih mahu menongkat langit.. mudah2an kita tak tergolong dlm golongan tersebut .. amin...

    along >> salam along

    liza >> salam liza..

    "tiada satu pun dari nikmat2 mu ya ALLAH sanggup aku dustakan, hanya bagi engkau segala kepujian.."

    ReplyDelete
  6. salam, kak, sye student unisza, nk tau kt maner pokok tu, lamer dh cari, pls...

    ReplyDelete
  7. ayuni >> salam.. rasanya kalau cari mmg tak jumpa dah.. sbb dah lama ni dah terkambus dek tanah dan rumput. kejadian ni pun tak lama. suami saya kata pokok tu terletak di seberang jalan pusat bahasa. masa dia tengok dan capture gambar tu pun dah tak berapa timbul bentuk kalimah Allah tu berbanding masa mula2 org jumpa..

    ReplyDelete
  8. o, pusat bahasa, tu fakulti sye tu, nk sgt2 tgk, masuk2 je udm dlu mmg cr, smpai skang xtau lokasi kt maner....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ia terpaksa dikambus kerana ada sesetengah org dtg buat pemujaan khurafat..ia juga tanda betapa berkatnya bumi kusza pada masa itu dgn pengajian agama dan tanah yg diwakafkan utk pembinaan kusza. wallahuaklam

      Delete
    2. w'salam.. mekasih atas info ni ya..

      Delete