f Secubit Garam: Singgang Pedas Ikan Patin

N3 Terkini

Saturday, October 24, 2009

Singgang Pedas Ikan Patin

Menu biasa jer ni. Kalau org T'ganu mmg biasalah dgn Singgang Pedas cuma penggunaan ikan jer yg bertukar2. Terpulang pd citarasa masing2 nak guna ikan apa tp yg pasti selalunya org guna ikan merah, tenggiri, kerisi, kembung. K.Nor suka gak guna ikan patin kalau buat singgang pedas.

Utk sesiapa yg nak cuba singgang pedas ikan patin ...

SINGGANG PEDAS IKAN PATIN

1 ekor ikan patin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1bj cili merah
3 bj cili api merah ~ ni kalau nak lebih pedas
1/2 in kunyit hidup
3 hiris lengkuas
3 keping asam keping
secubit belacan ~ jika suka
garam
sedikit gula ~ jika suka
daun kesum
air

Blend/kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, kunyit hidup dan belacan.
Masukkan ke dalam periuk (kalau guna periuk tanah lagi sedap) dan masukkan air secukupnya.
Masukkan juga asam keping dan lengkuas.
Masaklah hingga kuah mendidih dan masukkan ikan patin serta garam.
Tunggu sehingga kuah mendidih baru la dimasukkan daun kesum.
Masakkan sekejap lagi baru la dipadamkan api.
Hidangkan panas2 dgn nasi putih dan sambal belacan.
Jgn lupa ulam2an.. lagi syok!

* kalau nak letak bendi atau tomato buah kat dalam singgang ni pun boleh.. terpulang pd citarasa masing2.
** nak guna ikan merah, tenggiri, kerisi, ikan aji2 pun boleh gak.

9 comments:

  1. saya klu mkn singgang , mesti kena ada sambal belacan ngan ikan kering. kawww!!!!

    ReplyDelete
  2. salam k.nor..slalu ikan patin ni cikmin masak tempoyak jek..x pernah lagi cuba masak singgang...nampak sedap sgt2 tu...nak try la..

    ReplyDelete
  3. ain, sedap nyer singgang + sambal belacan... terangkat!!!

    ReplyDelete
  4. Salam kak Nor,

    Singgang pedas! hmmm, sedapnyer. guna patin sedap ya,kak? nak try la..

    ReplyDelete
  5. mcm sedap je singgang nor tu.

    ReplyDelete
  6. ain >> mmg biasa la tu singgang digandingkan dgn sambal belacan.. gitu gak dgn budu, kena gu dgn singgang, tak best gu dgn gulai kan..

    cikmin >> w'salam cikmin, anak2 k.nor kurang suka masak tempoyak. dia org lebih suka yg mcm gini. lagipun org pahang mmg tak leh lari dr patin masak tempoyak kan..

    aida >> apa yg terangkat tu aida? hihi

    nurindah >> w'salam nur.. cuba la kalau nur & suami suka ikan patin

    azita >> alhamdulillah sedap kat anak tekak nor sekeluarga. pernah cuba singgang sotong nor? lebih kurang jer rasa dia.. sepupu sepapat jer tu :D

    ReplyDelete
  7. ekekekek...k.nor..kita somi isteri asal nun kt kedah..bila balik sana pun..keluarga mertua x gheti makan tempoyak..tp durian diorg makan pulak...dah cuba td masak singgang patin ni..cikkamal kata..sedap...boleh la buat lg..sbb stok tempoyak lam peti dah pinis..terima kaseh bg inspirasi ye k.nor..

    ReplyDelete
  8. cikmin >> lorr org utagha ya.. sama2 kasih cikmin :)

    ReplyDelete
  9. Sedapnya! Kena try ni.. CN mmg suka masak singgang ngn sambal belacan;)

    ReplyDelete