f Secubit Garam: Mee Rebus

N3 Terkini

Thursday, October 1, 2009

Mee Rebus



Ni menu berbuka semalam, Mee Rebus Makcik Jepun yg baru melahirkan bb Darwish.. Dulu boleh la panggil mak yung, skrg ni tak leh dah. Kena la panggil Makcik lak kan, kan Ijah kan.. hehe

Eh.. Ijah bg nama baru ler kat makcik nih. Mama 3D.. hehehe elok sgt ler tu.. Ina, mmg mabeles la mee rebus ni. Tak sempat K.Nor tanya Cik Abg sedap ke tidak, dia dulu yg cakap sedap!! Ina, halal ya, nak C&P resipi ni kat sini..

MEE REBUS
  • 400g mee kuning - celur n toskan
  • tauhu goreng - goreng n hiris
  • sawi celur dan taugeh
  • lada merah - hiris
  • daun sup/daun bawang - hiris
  • telur rebus
  • limau nipis@ limau kasturi
  • jeruk lada@ cili
  • UTK KUAH
  • 5 btg atau lebih cili kering
  • segenggam udang geragau - hana tmbh skit udang kering
  • 1/2 biji bawang besar @ 3-5 biji bwg merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 sudu makan sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa
  • 2 biji keledek sederhana - rebus dan blend ngan air rebusan daging@udang.
  • 300g daging - rebus hingga empuk n hiris nipis. air rebusan ketepikan.
  • 5++ ekor udang segar - rebus separuh masak. air udang ketepikan.
  • gula melaka
  • garam n perasa (jika suka)
  • air secukupnyer - jika kuah terlalu pekat
  1. bwg besar@bwg merah,bwg putih dan lada kering potong2 kemudian goreng sekejap dengan minyak yg sedikit.angkat.
  2. blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas hingga hancur.
  3. panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau. tumis lagik.
  4. masukkan air rebusan daging,rebusan udang, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. didihkan hingga kuah agak pekat baru kaww! jika terlalu pekat sgt tmbhkan air yer..last sekali baru masukkan udang. tutup api.
  5. hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, sawi,limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, lada merah, jeruk chili/jeruk lada dan curahkan kuah tadi. siap!

Bahan2 sampingan utk Mee Rebus... telur rebus, daun sup dan daun bawang, taugeh celur. Yang dlm bekas kat bawah tu, hirisan cili merah, cili jeruk dan limau nipis..
psst!! kalau nak tau ke dua2 bekas comel lagi kiut tu hadiah dr org jauh tau.. Dari 2 org yg berlainan... tak yah cakap la ya.. K.Nor mmg sukerrrr sgt ke dua2 bekas tu.. TQ sooooo much utk pemberi yg K.Nor sayang ni... mmmmmmmmuah!!

4 comments:

  1. lawanya telur rebus tuu!!! nak mkn pun mesti dok belek2 dulu.hiihiii

    ReplyDelete
  2. alamak nor, am baru nak ngintai resepi mee rebus, ingat nak buat juadah mrhaban mlm ni kat umah. kebetulan kan, ada pulak kuar kat blog nor jadi apa lagi copy je ok! kira nor cam tahu2 jelah..cewah!

    ReplyDelete
  3. ain >> hehe masuk mulut hancur gak tuh :)

    am >> copy jgn tak copy, pastu wat air kopi lak ya.. hehe

    aida >> my febret too :)

    ReplyDelete