f Secubit Garam: Muffin Coklat Chips

N3 Terkini

Thursday, October 1, 2009

Muffin Coklat Chips

Kalau time emergency yg perlu buat juadah utk tetamu atau majlis apa2 kat sekolah anak2, ni la resipi yg paling mudah. Semestinya rasa tu mabeles, kalau tak mmg tak buat la ulang2 kali camni, kan Jun kan.. Resipi Coklat Chip Muffin by Jun ni K.Nor amik kat MyR, tq Jun.. mintak izin ya nak letak resipi kat sini..

K.Nor buat ni utk Aisyah bawak ke jamuan raya kat sekolah dia. Lepas buat muffin ni la, kejadian bulan dikelilingi cahaya pelangi tu..

COKLAT CHIP MUFFIN
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka (jun x isi ni). bakar selama 20min.

2 comments:

  1. alamak..sama lagi!! mlm tadi am pun mngodeh muffin tapi muffin pisang coklat dari yani. buat sampai 4 adunan tau nor sebab nak buat juadah mrhaban mlm ni!

    ReplyDelete
  2. am >> nor pun plan nak buat muffin coklat yani gak arini, tp kehabisan stok butter lak.. ish..

    ReplyDelete