f Secubit Garam: Nasi Daging

N3 Terkini

Wednesday, October 7, 2009

Nasi Daging

Semalam kan hari raya 6 utk cik abg, so kena la masak spesel sket. Baru2 ni tengok kat rumah K.Noor@Citarasa Tiara, dia masak nasi daging. Dah lama teringin nak buat sbb dah ada org post resipi ni kat MyR. Tapi tak terlaksana nak buat kes tengok makan nasi dgn lauk daging gitu jer. Kalau tekak K.Nor no hal tp tekak Luqman payah sket. Mesti nak ada kuah. Dia pulak suka makan nasi dgn kuah yg banyak. Pastu bila K.Noor buat kuah dalca baru la up balik semangat nak buat nasi ni. Kenapa la selama ni tak terpikir nak gu kan nasi ni dgn dalca kan.. ish..

Thanks to K.Noor yg bagi idea tu dan mintak izin nak C&P resipi yg asalnya dr Rinnchan. TQ ya Rin.. Memang enak sih!!


NASI DAGING

Bahan-bahan:
3 pot beras (pot=tin susu pekat...)
1/2 cwn tomato puree cair
1 cawan susu cair

Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
i camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut

* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.

Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.

* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam.




Air asam :
Perahan air asam jawa
Bawang besar hiris
Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil
Hirisan cili merah atau cili hijau
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/kasturi
Dalca sayur


Nasi Daging bersama kuncu2nya, air asam dan dalca sayur.

6 comments:

  1. Sedapnya Nor...ni memang favourite Watie ni...sedap gila lah...!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya ns daging bersama kuncu2nya itewwww!!!! pas abis posa 6 ni, nk sambut raya ngan ns daging la.hihi

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi daging....boleh cuba nie....

    ReplyDelete
  4. wahh...best tengok zoom in tuh..makanan bertambah2 sedap kelihatan...hehee...jadi kak,nih dah bawak pinggan ni...xkan nak bawa balik kosong kan..ahehhe...dengan muka tak malunya sue cedok sndirik..hii :D

    ReplyDelete
  5. Sedapnye kak Nor.. ade air asam pulak tue... memang best nie...

    ReplyDelete
  6. ain >> jgn lupa jemput k.nor ya.. :)

    izieizan >> try la sedap!

    sue >> ceduk la nak banyak mana pun sue.. cukup ke isi dlm pinggan jer, akak bg tipuware nak? :)

    ijan >> mmg best!

    ReplyDelete