f Secubit Garam: Sambal Sotong Berkuah Kacang

N3 Terkini

Sunday, October 25, 2009

Sambal Sotong Berkuah Kacang

Resipi Sambal Sotong Berkuah Kacang ni milik Anawahid. Sesekali mencuba kelainan dlm masakan sambal sotong. Tapi Ana, jgn marah ya sbb K.Nor tak guna sotong kembang. Tak pernah beli, masak atau makan sotong kembang ni. Jadi K.Nor guna sotong tak kembang dlm masakan ni.. tak per kan. Sotong gak kan :)

Ana, mintak izin ya nak kopipes resipi kat sini.. tq

SAMBAL SOTONG BERKUAH KACANG by Anawahid
  • 2 ekor sotong kembang - dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit..( celur ni ikut petua CMG MyR...ekeke..thnxs CMG)
  • **Bahan Kisar**
  • * 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang
  • * 1 biji bawang besar
  • * 4 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3-4 sudu kacang tumbuk
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil gula merah
  • air asam jawa- jus
  • garam - secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  1. panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing
  2. masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .)
  3. masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati
  4. akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam dan pak aji ( kalo suka ) sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment