f Secubit Garam: Terung Goreng Kicap

N3 Terkini

Friday, October 9, 2009

Terung Goreng Kicap


Menu sayur utk hari ni, Terung Goreng Kicap. Resipi hasil skodeng dapur org dalam pantang, si Mama 3D, nun di Jepong. Memang mabeles! Ina, K.Nor dan cik abg mmg sukerrrrrrr sgt dgn lauk terung ni. Dia siap kata excellent tau.. Bagi K.Nor la, kalau makan terung kicap ni dgn nasi putih aje pun lebih dr cukup. Tak perlu dah lauk lain.. Kepada antu terung, try la..

TERUNG GORENG KICAP
  • 3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan kicap manis
  • jus limau kasturi@air asam jawa
  • segenggam ikan bilis goreng
  • segenggam bawang goreng
  • garam - jika perlu
  • Goreng terung hingga masak.ketepikan.
  • Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
  • Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
  • Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
  • Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.

6 comments:

  1. erkk..terung pun ada antu gak eh kak?hihi...sedapp2..dah terasa kat tekak ni.. kak,kat sana ada tak terung jenis pepel gelap tuh?yg nih pepel muda sket kan...yg pepel gelap tuh lagi best kan?Kalo kat sini terung tuh yg org carik..hehe

    ReplyDelete
  2. salam k.nor...cikmin antu terung gak..dah byk kali try resepi mama3D ni...mmg sedap...x nampak dah lauk lain...

    ReplyDelete
  3. salam kak Nor. Ingat kecik2 dulu, saya dan adik2 suka makan terung masak kicap ni.Tapi berkuah. Bila saya tayang masakan ni kat suami, tekak dia org Jowo, tak mau manis2.:)

    ReplyDelete
  4. sy lum pernah try mkn terung kicap..selalu pajeri terung aje. boleh try nanti!!

    ReplyDelete
  5. salam ziarah secubit garam,
    moga diberi kebenaran..

    ReplyDelete
  6. sue >> sapa kata tk ada antu terung.. salah sorangnya tu si mama 3D.. kan ina kan.. :)

    setakat ni terung kat sini kaler purple gak cuma tak gelap sgt, tp kalau yg bulat tu mmg gelap gak kaler purple dia.. tak kisah la sue, janji terung gak kan!

    cikmin >> haa.. kan ada sorang lagi antu terung ni sue! hehe.. mmg best kan dish ni cikmin..

    indahhouse >> w'salam.. rasanya tak ada penggunaan gula dlm masakan ni cuma guna kicap manis. kita boleh tukar kpd kicap masin tp tak payah la tambah dgn garam lagi dah. sebenarnya dlm masakan ni terpulang pd kita nak masak camna base pd resipi org lain. kita edit la camna mengikut kesuaian/citarasa anak tekak kita dan famili kita.

    tak semestinya 100% mengikut resipi. saya pun biasa gak edit resipi ttg penggunaan bahan2 yg saya rasa tak sesuai dgn selera. kadang tu bergantung gak pd stok bahan2 yg ada kat dapur. masakan pun bergantung pd kreativiti kita ya.. slmt mencuba dan terima kasih kerana sudi berkunjung..

    ain >> alaaa tukar la sesekali ain, takkan nak pakai baju sama jer hihihi..

    QJ >> salam dr nor.. ish tak perlu ler mintak kebenaran nak masuk, pintu tak berkunci pun.. silakan... slmt kenal2 ya..

    ReplyDelete