f Secubit Garam: Sup Ayam Hadnyai

N3 Terkini

Sunday, October 25, 2009

Sup Ayam Hadnyai


Tak tau nak cakap apa .. kebuntuan idea. Layan aje la ya Sup Ayam Hadnyai by Pyhonda@MyR ni. Dah acapkali buat.. sedap dgn rasa berempah, pedas2 dan masam dr perahan limau nipis. Cuba la..

Tuan resipi, minta izin nak letak resipi kat sini utk rujukan di masa akan datang

SUP AYAM HADNYAI by Pyhonda MyR
  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  • 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

3 comments:

  1. wuhhh.akak sebut masam2 nih kembang liuq rase..lupa lak nak bawak sudu tadi..sue bawak balik ngan mangkuk2 skali eh kak..heee

    ReplyDelete
  2. Sedappnye Kak Nor sup ayam tue. Macam tom yam dah sikit2.. dah la kite dok mengidam tom yam sehari dua ni... tgk sup akak ni tak tahan je.hehe... yg kat bawah sinun pun sedap gak tue... budu, ulam ngan ikan goreng asam tue... mau dua tiga pinggan kite makan. :D

    ReplyDelete
  3. Suke mangkuk sup akak tuh! cantikkkkk! hehehehe ;)

    ReplyDelete