f Secubit Garam: Kacang Buncis Goreng Dgn Hati Ayam

N3 Terkini

Friday, October 23, 2009

Kacang Buncis Goreng Dgn Hati Ayam


Lauk semalam ni, kebetulan sama pulak dgn Love, kan Love kan.. Dari pagi taip ni, malam baru la boleh post. Atas sebab2 teknikal nak buat camna kan.. tak per la gambar tak basi kan.. hehe

Kacang Buncis Goreng Dengan Hati Ayam

secekak kacang buncis ~ dipotong serong
5 kpg hati ayam ~ boleh gak campur2 dgn pedal
sedikit tomato cherry ~ jika suka (boleh gak digantikan dgn carrot)
1 labu bawang besar ~ potong bulat
1 bj cili merah ~ potong serong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan air
garam
minyak masak

Potong hati ayam dan toskan.
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang putih hingga wangi dan keperangan.
Masukkan serbuk lada hitam dan kicap manis.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan hati ayam.
Goreng hati ayam seketika dan masukkan air.
Biarkan mendidih dan kering sedikit air baru la dimasukkan kacang buncis dan garam.
Masukkan bawang besar dan cili merah yg dah dipotong.
Akhir sekali baru la dimasukkan tomato cherry .
Kacau hingga rata, angkat dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

3 comments:

  1. Salam Kak Nor... suke pedal ayam goreng nie.. buat ratah sedappp nie :)

    ReplyDelete
  2. mcm ijan gak, suka pedal ayam gak!!! boncis pun suka gak!!! bape banya gak laaa!!!!hihi

    ReplyDelete