f Secubit Garam: Nasi Harrisa

N3 Terkini

Friday, October 2, 2009

Nasi Harrisa

Nasi Harrisa, K.Nor amik kat blog Noreen. Sedap dan menyelerakan bila kena dgn partner dia. Thanks to Noreen yg bagi cadangan lauk utk dimakan bersama nasi harrisa ni. K.Nor tak buat kurma ayam atau ayam masak merah tp buat kambing masak hitam, dalca sayur dan acar timun. Berselera cik abang dan anak2 makan masa berbuka semalam.. Noreen, mintak izin nak C&P resipi kat sini ya..

Bahan-bahan:
1kg beras basmathi
air ikut padat beras dan lebihkan 100ml

bahan2 kisar:
1 sudu kecil jintan halus
3cm halia
10 ulas bawang putih

3 labu bawang besar - dihiris
500g lobak merah/karot - diparut kasar
3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
daun ketumbar
minyak atau mentega untuk menumis

cara:
  • beras dicuci bersih dan ditoskan
  • kemudian gaulkan dengan lobak merah dan tos hingga kering
  • panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
  • masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
  • kacau sehingga naik bau
  • masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi
  • tumis sehingga garing
  • masukkan air dan garam secukup rasa
  • apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak
  • boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa
  • setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng
  • tutup periuk rapat-rapat
  • setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya
  • hidangkan dengan lauk-pauk yang lain


Jom makan!!

4 comments:

  1. jommmmmmm!!!!hihii

    sy hr ni buat kurma daging. bestnya klu dpt mkn ngan ns harisa akak!

    ReplyDelete
  2. ain >> laaa kalau tau k.nor awal2 lagi g amik seperiuk kurma daging ain tuh.,. hehe

    ReplyDelete
  3. nor, hari tu, am dah tinjau2 gak nasi harissa ni, dah nak buat gak alih2 x cancel pulak tapi cam ne pun satu hari nak cuba jugak!

    ReplyDelete
  4. am >> try la buat, Luqman dan cik abg nor sukerrr sgt dgn nasi ni tp nor tak ikut direct dia punya sukatan cili hijau tu takut pedas

    ReplyDelete