f Secubit Garam: Buttered Prawn

N3 Terkini

Friday, October 9, 2009

Buttered Prawn


Satu lagi resipi Butter Prawn, kali ni versi Dayang Jack. Ini pun menu semalam, semua dah finish, licin!! Kalau nak, sendiri bikin ya.. :D

BUTTERED PRAWN by Dayang Jack

Bahan-bahan :
  • 10 ekor udang basah (diperap dgn sedikit lada hitam, sos tiram, jus lemon dan kicap manis dan digoreng hingga masak. Atau nak senang, diperap dgn sedikit garam dan digoreng mcm biasa)
  • 1 biji telur A ( dipukul sedikit)
  • 2 ulas bawang putih dicincang)
  • 2 cm halia (dicincang)
  • sesenduk mentega (boleh adjust sendiri)
  • 1-2 sudu makan kelapa parut
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 2 sb susu cair
  • 1 sudu makan gula
  • 5-6 biji cili padi (dihiris)
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dlm kuali leper. Tumis bawang dan halia hingga perang.
  2. Masukkan daun kari dan cili padi. Kacau lagi.
  3. Masukkan kelapa parut dan gula. Kacau lagi hingga naik bau.
  4. Tuangkan telur yg sudah dipukul tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau secara memutar.
  5. Masukkan susu cair dan kacau lagi. Tapiskan sebelum digaulkan bersama udang.

2 comments:

  1. tunggu anak yg tua balik baru boleh bikin. ni fav dier, keraknya laa...udg nya mak dia yg belasah!!

    ReplyDelete
  2. ain >> nanti kalau buat, kita share dua ya udangnya tuh.. :D

    ReplyDelete