f Secubit Garam: Laksa Kuah Putih

N3 Terkini

Monday, October 26, 2009

Laksa Kuah Putih

Menu dinner hari ni merangkap menu berbuka utk K.Nor dah suami. Laksa Kuah Putih atau juga dipanggil Kuah Mentah. Pasal apa dipanggil kuah mentah sbb kalau ikut org tua dulu2 kuah ni tak dimasak. Kaedah membuat kuah ni hanya menggunakan air panas masa meramas/memerah santan dr kelapa parut. Panas tangan weh.. tak larat nak ikut stail gitu. Tp masih ada lagi rasanya yg menggunakan kaedah tu. Lepas dah perah kelapa parut dgn air panas (tak la yg baru mendidih tau, kang melecur tangan lak) baru la dimasukkan kesemua bahan2 lain yg digunakan utk membuat kuah. Kuah yg stail gini tak tahan sgt, cepat basi. Stail K.Nor perah guna air biasa jer pastu masak dgn bahan2 lain tp tak la sampai menggelegak nanti rasa dia lari.. payah lak nak kejor :). Tapi disebabkan skrg ni dah ada kemudahan org jual santan fresh di kedai berdekatan rumah, jadi K.Nor guna aje santan fresh. Lagi senang kerja kan..

Ok kita tengok cara2 nak makan laksa hehehe..

Hidang dulu laksa dlm mangkuk..

Letak ulam2an.. lagi banyak lagi best..
tu sket jer letak, kang tak nampak lak laksa :)

Sendukkan kuah...

Jgn lupa letak cili mesin/tumbuk serta tambahan belacan utk rasa yg lagi umphh..

Opp!! Jgn makan dulu, kena ada pelengkapnya.. Air Kopi laa... baru la syok :)
Pia, akak dah hidang ni, siap dgn air kopi lagi tu.. jemput la makan.. hehe

erm.. nak pesan sket ni.. org dlm pantang tak kiralah pantang kes bersalin ke keguguran ke JANGAN sesekali makan laksa ya.. :)

LAKSA KUAH PUTIH

1kg laksa ~ atau boleh diganti dgn laksam
3/4 cawan santan fresh
800 - 900ml air
3 ekor ikan ~ boleh guna ikan selayang/ikan lolong
1sudu besar lada hitam ~ boleh tambah jika nak lebih pedas
2 - 3 bj bawang merah
secubit belacan
garam
2 sudu besar jus limau nipis

ulam2an ~ terpulang pd stok/citarasa masing2
timun batang ~ dipotong cam batang mancis/diricih
daun ulam raja ~ dihiris halus
daun kesum ~ dihiris halus
pucuk ketereh@jambu golok@gajus
daun serai kayu~ dihiris halus
kacang panjang ~ dipotong
kobis ~ dihiris halus
daun kemangi/selasih ~ dicarik2kan
bunga kantan ~ hiris halus

bahan sampingan
belacan
cili mesin/tumbuk


Ikan dibersihkan dan direbus dgn sedikit air. Rebus kejap jer. Kalau nak panggang pun boleh.
Bila dah sejuk sket perisikan ikan dr tulang.
Tumbuk lada hitam, bawang merah dan belacan hingga lumat.
Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi hingga lumat.
Masukkan air dan santan fresh ke dalam periuk dan masakkan atas dapur. Api sederhana aje ya.
Ambil sesenduk atau lebih sket bancuhan santan td dan gaul dgn bahan2 tumbuk.
Ni utk mengelakkan isi ikan berketul2 dlm kuah. Lepas tu baru masukkan bahan2 ni ke dalam periuk berisi santan selebihnya.
Masukkan garam dan kacau hingga hampir mendidih. (kuah hendaklah sentiasa dikacau)
Tak perlu la dimasak hingga betul2 mendidih/menggelegak. Ni nak mengelakkan kuah dr pecah minyak.
Padamkan api dan masukkan perahan limau nipis. (limau nipis dimasukkan kemudian sbb kalau masuk awal2 nanti kuah terasa sedikit pahit @ nak perahkan limau direct dlm mangkus masa nak makan pun boleh juga)
Masukkan laksa/laksam ke dalam mangkuk, letak ulam2an yg disukai. Sendukkan kuah ke atasnya dan letakkan juga cili mesin/tumbuk serta sedikit belacan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

18 comments:

  1. laksa tu nampak sedap sgt....tapi set pinggan n cawan kopi tu..lagiiiii cute...cantik skali..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Nor,
    P/s:Huhu, post awal tersilap ejaan. marah cikgu BM.

    Betul, mcm mamaSyaza cakap,hehe. Laksa tu meemang cute. kecik2 dolu slalu makan kuah putih. saya terpikat la set mangkuk ngan cawan tuh. he he

    ReplyDelete
  4. k.norrr.. nakkkkkkkk!! ngan set pinggan mangkuk skali!! ala kita dh nk abes dh pantang! kikiki

    ReplyDelete
  5. lum pernah try laksa kuah putih ni. mesti sama sedap ngan laksa2 biasa!!!!

    ReplyDelete
  6. kak nor... lia lum penah makan lagi laksa ni... mesti rasa dia lain kan... cmne nak buat kuah dia??? lain2 kali leh le nak mencobaaa...hehehehe

    ReplyDelete
  7. mamasyaza > laa.. benda lain pulak yg ditenung ya.. :)

    nurindah >> ni pun sorang lagi.. set biasa jer tu :)

    ermm.. silap kat n3 saya ke kat n3 nur? boleh nur beritau, nanti saya editkan

    ina >> wehh... laksa kena pantang 100 hari la..

    ain >> kuah laksa ni kiranya yg tradisional trg la selain dr kuah masak. boleh gak dimakan dgn laksam. cuba la ain..

    lia >> kalau nak cuba boleh aje. k.nor dah letak resipi tu.. slmt mencuba semoga kena dgn selera lia sekeluarga

    ReplyDelete
  8. salam kenal..klu sy blk ktn..mil guna mee long fong (milidi)..mil klu msk..mmg x pandang menu lain..mil taruk asam keping..pasni bole le tuko dgn jus limau nipis..

    ReplyDelete
  9. salam...amboiiiii laksa sedapnyaaa...nak semangkuk untuk lunch boleh ke?

    ReplyDelete
  10. salam..
    nak tanye la kak nor...nape orang dlm pantang x leh makan laksa??? (saye budak baru belajar...)

    ReplyDelete
  11. sedao giler laksa kuah putih ni.... huhuhu... makan dgn mee spageti pon boley kan?... yg penting mmg sedapppp...

    *pssstt.. nk tnye kak nor.. aritu g CH stay kat hotel mana? TQ

    ReplyDelete
  12. ainazliena >> oo makan dgn mee lidi ya.. ttg asam keping atau jus limau tu mana2 pun boleh asal menghasilkan rasa masam.. tp masam limau nipis lain sket rasanya..

    ham >> salam ham.. dah abis la ham.. :)

    noorsha >> salam noor.. mengikut kata org tua2 makan laksa ni menyebabkan sakit urat tambah lagi kalau org dlm pantang.. kalau pantang benda2 pedas boleh aje 40 atau 44 hari tp kalau laksa ni kena 100 hari. tu la apa yg k.nor tau.. terpulang la pd masing2.. nak makan ikut suka la, tp kalau sakit kena tanggung sendiri kan hehe

    azura >> boleh aje nak makan dgn spaghetti zura..
    lupa la zura nama apartment tu.. tunggu cik abg balik dr surau dan k.nor jawab kat cbox zura ya..

    ReplyDelete
  13. kak Nor, bestnyer hidangan. Hidangan best, pinggan lawa. Lawa pinggan dia. Tergoda kita.

    ReplyDelete
  14. gerau >> laa.. sorang lagi mata duk tengok pinggan ya.. lain kali tak leh tayang la kalau cam ni hihihi

    ReplyDelete
  15. salam kak nor...huhu...ni my peberet...slalu wat, dolu2 xpandai mkn tp pas kawen ngan hubby, mil slalu wat...rupanya sedap kan..heheh...skunk ni klu teringin jekk p la dok keletang-keletung kat dapuq tu..hihi

    ReplyDelete
  16. Terima kasih nor..akak tak letak belacan..lepas ni kena ingat ada belacan dan bawang merah ditumbuk.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih nor..akak tak letak belacan..lepas ni kena ingat ada belacan dan bawang merah ditumbuk.

    ReplyDelete