f Secubit Garam: laksa

N3 Terkini

Showing posts with label laksa. Show all posts
Showing posts with label laksa. Show all posts

Friday, August 19, 2011

LAKSAM

ASSALAMUALAIKUM...

Laksam, jangan tanya resipi sbb laksam ni laksam ekspress. Main tunjuk2 jer kat pasar. Tak cukup kerajinan mcm Mek Siam yg ada tahap kerajinan yg sangat tinggi, nak makan apa2 pun semua dia godek. Yer la kan.. duk obersi, tambah pulak negara cam Thai tu, nak makan yg kat luar belum tentu ada dan paling penting belum tentu dr segi halal haramnya. Bila dah anak tekak rasa nak makan, kena la rajinkan diri menggodek.. tak gitu Ijah.. Mmg K.Nor sangat kagum dgn kerajinan Iron Lady sorang ni. Dah bertahun2 kenal dia secara alam maya dan dah tau camana kehidupan harian dia yg duk di negara bukan Islam dan bersuamikan org Jepun. Kerajinan dia tu kena upkan sampai tahap maxima kan Jah. Nak kena melayan selera suami yg hala ke Jepun dan dalam masa yg sama melayan selera dia org Melayu dan Jowo jugak kan.. heheheh (part buat bento pagi2 utk suami dan anak2 tu yg K.Nor boleh tabik ke Ijah ni.. rajin dan pandai dia)


Eh.. balik pd entri pagi ni.. Laksam.. K.Nor beli jer laksam tu kat pasar pastu beli bahan2 ulam dan bahan2 utk buat kuah. Senang kerja kan.. ^___^


Stail org Ganu makan Laksam atau Laksa Trg dgn cili mesin dan belacan, bukannya sambal belacan yg ditumbuk seperti kat negeri2 lain.


Wednesday, July 6, 2011

Laksa Penang

ASSALAMUALAIKUM..

Lama betul tak buat Laksa Penang. Tp Laksa Penang K.Nor ni tak cukup syarat, tak ada nenas. Lupa nak beli nenas masa ke pasar beli laksa tadi. Jom la cuci mata dgn Laksa Penang yg tak seberapa ni tp cukup menyelerakan bg anak tekak K.Nor sekeluarga. Alhamdulillah.. syukur dgn rezeki yg Allah kurniakan dapat berbuka dgn menu yg menjadi kegemaran sekeluarga ni. 

Special utk org majuk sakan arini.. Nah layan kenyang2 ya.. 
You know who u are hehehe

Thursday, May 19, 2011

Laksa Sarawak.. Akhirnya!!

ASSALAMUALAIKUM...

Fuhhh... Punya la lewat malam baru boleh post menu berbuka hari ni. Tuan rumah dah kekenyangan menghadap menu yg dah lama diidam2kan ni. Ramai ke yg duk nunggu n3 malam ni. Kesian pulak ya.. dari tadi duk tunggu tuan rumah hidangkan Laksa Sarawak ni.. hehe

Ni ha.. mengalahkan org sdg peknen sesekali terasa nih.. hehe Org tak peknen pun ada hari ngidam gak tau.. bukan org peknen jer yg ngidam. Nigam pun bukan yg mengarut sekadar ngidam nak makan Laksa Sarawak. Errrkkkk!!! Jgn pikir bukan2 ya.. Biarkan adik2 yg ligat buat production ya.. yg kakak2 ni cam K.Nor dan K.Nim tu kita org nak relek2 dah.. hehee.. Kan K.Nim kan.. ^____^


Sebut bab Laksa Sarawak ni, teringin nak makan tu makin menjadi2 sejak dua menjak sejak Mek Sue dan Dayang tayang Laksa Sarawaknya. Dah la sebelum ni Aisyah beberapa kali duk sebut, lama tak makan Laksa Sarawak. Memang terasa gak nak makan tapi kat Tganu ni mana ada org jual paste laksa ni. Nak buat sendiri heheheheheh... MMMMMMMMMMMMM... faham2 aje la ya... Nak jalan mudah jer haha...

Last2 ada org terror, dapat baca hasrat terpendam K.Nor dan Aisyah yg termengidam Laksa Sarawak. Dia dgn baik hatinya telah mengirim paste laksa Hj Manan! Seronok bukan main masa terima.. (padahal dah tau pong yg org tu nak kirim, masuk alamat dlm mimpi hihii) Tapi bila dah dapat paste, tukang masak pulak dilanda kebizian. Pastu Cik abg pulak duk outstation jer minggu ni.. Minggu depan K.Nor pulak yg outstation! hahaha.. yer la tu... Minggu depan adalah minggu yg teramat bz buat K.Nor. Rasa cam tak leh nak bernafas bila hitung satu persatu harinya... Mudah2an dipermudahkan segala urusan yg bakal dilakukan bermula esok sehinggalah Jumaat minggu depan.. amiiin....


Berbalik pd Laksa Sarawak ni, kalau nak tau resipi paste laksa boleh tengok kat rumah Dayang ni. Kat situ gak ada cara memasak Laksa Sarawak. Dan kat rumah Mek Mukah ni pun ada. yer la.. Org Sarawak katakan.. Dulu K.Nor pernah buat gak Laksa Sarawak tapi menggunakan resipi ALongRoz. Kali ni K.Nor masak ikut cara Dayang. Rasanya sama jer dgn resipi Hasue tu. Dan sama gak dgn resipi kat belakang pack paste laksa Hj Manan. Untuk sambal tu K.Nor guna resipi Sambal Udang Kering dari rumah Dayang. Alhamdulillah... sedap sungguh masa duk hadap Laksa Sarawak tadi. Rasanya lebih sedap dari Laksa Sarawak kat SR hehe.. Mungkin sbb pengirim paste ni mengirim dgn rasa kasih dan sayangnya sekali kat K.Nor kan.. mekasih dear.. U know who u r ... Lap u always hehe...


Wednesday, October 6, 2010

Laksammmmmm......


Rasanya ramai yg jadi peminat laksam ni kan. Bukan aje org pantai timur yg suka makan laksam, sekarang ni dah merebak sampai merata org suka makan laksam. Teringat zaman budak2 dulu, sister no2 K.Nor yg selalu buat laksam ni, Kalau zaman dolu2 mana ada sgt beras pulut yg siap dlm paket. Kalau nak makan laksam mesti kena kisar sendiri beras tu. Kalau guna blender tk dpt hasil yg memuaskan, jd kaedah terbaik ialah guna lesung batu yg bulat, besar dan teramat berat! Kakak K.Nor ni la yg selalu duk kisar beras menggunakan pengisar batu. Tak tau la kat mana batu pengisar antik tu. Kalau ada lagi la, agak2nya Che Mat nak tak wat koleksi barang antik dia.. heeee

gambar pinjam dr mr google.. tq ya.. :)
Lebih kurang camni lah batu pengisar keluarga K.Nor dulu tp ada tempat utk kita pegang masa nak memusing/mengisar beras tu.. ada lubang atas tu kan, tempat kita masukkan beras (yg dah direndam hingga lembut) dan juga utk dimasukkan air sambil kita mengisar tu.. terkenang memori dulu2

Mula2 kena rendam dulu beras, pastu kena kisar. Time mengisar ni K.Nor mmg suka, tulun2 dia kisar. Punya la berat batu pengisar tu.. Lepas dah siap kisar kena tapis utk dptkan hasil yg betul2 halus. Pastu kena buat bancuhan laksam dan seterusnya kena kukus laksam tu. Time kukus pulak kena guna tudung periuk baru mudah nak gulung dan keluarkan. Sambil2 kukus laksam tu kena buat kuah dan hiris ulam2. Lepas dah siap semua baru la boleh santap dgn senang hati. Punya la banyak kerja nak makan laksam. 


Sekarang ni org dah tak pakai batu kisar tu. Beli jer tpg beras, dah boleh buat laksam. Tapi kan... K.Nor lagi best, pergi pasar,tunjuk2 dan hulur duit, siap laksam ku tak sampai 1 minit! Beli santan, ikan dan bahan2 ulam, balik rumah buat kuah dan hiris ulam.. haha.. mudah aje kan..  Makan lagi mudah, tak sampai 10 minit dah licin semangkuk laksam.. shedaaaap!! Stail org Ganu, makan laksam dgn cili mesin/boh dan tak biasa makan dgn sambal belacan. Cuba gak la smlm makan dgn sambal belacan gini masa berbuka pose, tp anak tekak rasa lebih sedap makan dgn cili mesin. Yer la dr dolu2 lg duk makan gitu kan. Dah la merepek meraban.. jom layan mata dgn laksam. Sori la ya, tak yah nak ngendeng2.. semuanya dah licin!! ^____^

Thursday, September 9, 2010

Laksa Penang

Menu berbuka yg paling syok, Laksa Penang. erkk tak kira la Penang ke, Kedah ke Utara ke.. semua rangkum jd la Laksa Penang. Memang pebret seisi keluarga. Si anak dara dr berbuka, lepas tarawih sampai ke sahur pun dgn Laksa Penang. Memang syok abis layan laksa gini.. 

Cuba perhati betul2 kat telur rebus tu. Amacam? Rasa2 ada yg pelik tak? Ada sapa2 perasan? ha ha.. telur ku twin dia punya yolk tu!! Ni telur yg last dr 1 tray yg K.Nor beli aritu kat Sabasun. Kebiasaannya mmg beli 1 tray (30bj) senang nak buat projek. Dr 30 bj tu, K.Nor buat kukis2 raya dan dessert. Kalau nak tau, itu la telur yg ke 4 yg twin K.Nor dpt. Terasa pelik gak, dr satu try (30bj) tu sampai 4 bj telur yg twin. haha.. Jgn tukang masak dpt twin udah la ya lepas ni.. nehi.. nehi... tak larat dah.. dah over 40 nih.. udah mau tutup kilang ngeeeeee.....

Kalau setakat dpt sebiji jer telur twin tu tak la heran sgt, ni sampai 4bj dr 1 tray!! Bertuah kut.. hehe.. insyaallah.. amiin....

Saturday, August 7, 2010

Laksa Sarawak

Salam di petang Sabtu...

Akhirnya dpt gak makan Laksa Sarawak!! Sedap pulak tu.. yer la sendiri bikin sendiri puji la.. kan.. Tp bukan la nak angkat bakul sgt, bendanya mmg sedap. Anak2 dua org tu makan bertambah2 lg tu.. Alhamdulillah.. Anak dara tu mmg jenis tak banyak songeh tp bila Luqman makan bertambah2, lagi la seronok hati tukang masak ni. Lepas ni kena cari la kat sini kut2 ada perencah segera Laksa Sarawak Hj Manan ni. Memang best! Kalau dpt buat berbuka masa bulan puasa mmg syok nih..

Sebelum tu nak ucapkan jutaan terima kasih buat pemberi paste yg baik hati tu. Kalau tak entah bila dpt rasa laksa sarawak ni kalau tak kerana pemberian paste tu tempohari. Maceh *****.. cayang dia... :)


Kaedah masak Laksa Sarawak ni K.Nor gunapakai resipi AlongRoz. Rupanya senang jer masak Laksa Sarawak kalau dah ada paste segera ni. Tak cerewet sgt bahan2 yg diperlukan. Meh kita tengok resipi tp sebelum tu mintak izin ya Along, nak share resipi tu kat sini pulak.. Tq !


LAKSA SARAWAK
Source: HomeKreation
Serves: 6-8 persons

INGREDIENTS:
1 packet (300g) MeeHoon - soaked & blanched
1/2 Chicken
1 small bowl of Shrimps/Prawns
6 Shallots - pounded
1 packet (200g) Laksa Sarawak Paste
1/2 pot of Santan + Water (adjust thickness to your preference & enough to serve 6-8 persons)
1 Maggee Chicken cube
Salt
Garnishes - Sambal Belacan, Shredded Chicken meat, blanched Bean Sprout, Omelet, Lime, Fried Onions


METHOD:
1. Boil Chicken with little bit salt until tender.
Lift out the chicken & shred the meat for garnishes.

2. Using the same water that boiled the chicken, boil prawns until cooked.
Lift out the prawns & shelled for garnishes.

3. Heat up some oil & fry the pounded shallots until brown.
Add in Laksa Sarawak paste.
Add in the chicken/prawn stock reserved after boiling the chicken/prawns just now.
Add in Santan & chicken cube.
Add salt to taste & boil.

4. To make Sambal Belacan for the Laksa, fry 1/2 cup dried chili & blend with grilled belacan (1" sq) & 1/2 tsp sugar. Add salt if necessary.

5. Serve meehoon with gravy & garnishes....
Enjoy such a delicious Laksa Sarawak...!

Thursday, July 15, 2010

Laksa Penang/Kedah/Perlis


Punya la rangkum sekaligus 3 buah negeri kat utagha tu kan. Bukan apa, kalau kata laksa Penang, mesti Mimi Penang kata bukan, sbb katanya laksa Penang tak letak telur rebus. Yg letak telur rebus tu laksa Kedah/Perlis. Pastu tengok resipi Tulip Myr pulak dia bg nama laksa Kedah tp tak letak bawang mesin. Dah tu yg K.Nor ni buat letak semua.. bwang mesin letak, telur rebus pun ada. Jadi tak leh nak panggil laksa yg khusus la. Sebab tu kena bg nama laksa ke tiga2 negeri, Laksa Penang/Kedah/Perlis. Baru la senang, tak ada rasanya org nak komplen dah kan.. Kalau komplen pun ikut suka la, K.Nor mmg suka letak semua tu bila masak kuah laksa ni. Senang2 panggil laksa utagha la noo.. ngeeee............
Plan asalnya nak post N3 ni sebelum Maghrib tapi tak sempat. Tak per la ya, kita makan lepas solat Isyak lak. Jom la makan, K.Nor buat banyak ni. Hari ni hero yg duk kat asrama di Machang tu balik bercuti utk 4 hari. Biasa la tu cuti tahfiz, cuti khas utk pelajar balik rumah.. sebulan diberi cuti 4 hari. Laksa ni mmg kegemaran dia (dan juga si anak dara), tu pun 2 hari lepas masa dia call beritau nak balik K.Nor dah cakap yg nak buat laksa utk petang ni. Memang dia suka sgt la tu.

Kalau nak resipi boleh tengok kat rumah Mimi (versi laksa Penang) dan yg kat bawah ni resipi Tulip/Fiza MyR (versi laksa Kedah). Resipi K.Nor?? Tak ada sukatan tepat, sbb main campak2 jer berpandukan bahan2 yg diberikan kat resipi Mimi dan Fiza. Pandai2 la ngejas ya.. :)


ulam2an

kuah

laksa fresh..
fuhhh.. udah $3.00 sekg sekarang nih.. dolu2 $1.20 jer..
lepas ni mesti naik lagi.. kan minyak dah naik, start esok :)


Fiza, mintak izin ya nak C&P resipi tu kat sini. Nasib baik sempat copy dan save resipi tu 2 hari lepas :)



LAKSA KEDAH SPECIAL by Tulip77@MyR

• 2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
• 2btg bunga kantan - dipotong dua
• 3 ikat daun kesum
• 3sb cili giling
• 10bj cili padi - ditumbuk halus
• 20 keping asam gelugor
• 20gm belacan
• garam & serbuk perasa
• - Bahan-bahan ulam -
• 1 labu bawang besar
• 1bj salad buah
• 1 ikat daun selum
• 1 btg timun
• 3bj telur rebus
• 3bj limau sambal
• 1 btg bunga kantan
• Laksa sediakan seperti arahan di pek

Cara-cara
1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
2. Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5. Masukkan garam & serbuk perasa.
6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

ni special buat Mimi, si birthday girl..
Happy Birthday Mimi..
Semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan keberkatan dlm kehidupan ya..
amiin....


Monday, October 26, 2009

Laksa Kuah Putih

Menu dinner hari ni merangkap menu berbuka utk K.Nor dah suami. Laksa Kuah Putih atau juga dipanggil Kuah Mentah. Pasal apa dipanggil kuah mentah sbb kalau ikut org tua dulu2 kuah ni tak dimasak. Kaedah membuat kuah ni hanya menggunakan air panas masa meramas/memerah santan dr kelapa parut. Panas tangan weh.. tak larat nak ikut stail gitu. Tp masih ada lagi rasanya yg menggunakan kaedah tu. Lepas dah perah kelapa parut dgn air panas (tak la yg baru mendidih tau, kang melecur tangan lak) baru la dimasukkan kesemua bahan2 lain yg digunakan utk membuat kuah. Kuah yg stail gini tak tahan sgt, cepat basi. Stail K.Nor perah guna air biasa jer pastu masak dgn bahan2 lain tp tak la sampai menggelegak nanti rasa dia lari.. payah lak nak kejor :). Tapi disebabkan skrg ni dah ada kemudahan org jual santan fresh di kedai berdekatan rumah, jadi K.Nor guna aje santan fresh. Lagi senang kerja kan..

Ok kita tengok cara2 nak makan laksa hehehe..

Hidang dulu laksa dlm mangkuk..

Letak ulam2an.. lagi banyak lagi best..
tu sket jer letak, kang tak nampak lak laksa :)

Sendukkan kuah...

Jgn lupa letak cili mesin/tumbuk serta tambahan belacan utk rasa yg lagi umphh..

Opp!! Jgn makan dulu, kena ada pelengkapnya.. Air Kopi laa... baru la syok :)
Pia, akak dah hidang ni, siap dgn air kopi lagi tu.. jemput la makan.. hehe

erm.. nak pesan sket ni.. org dlm pantang tak kiralah pantang kes bersalin ke keguguran ke JANGAN sesekali makan laksa ya.. :)

LAKSA KUAH PUTIH

1kg laksa ~ atau boleh diganti dgn laksam
3/4 cawan santan fresh
800 - 900ml air
3 ekor ikan ~ boleh guna ikan selayang/ikan lolong
1sudu besar lada hitam ~ boleh tambah jika nak lebih pedas
2 - 3 bj bawang merah
secubit belacan
garam
2 sudu besar jus limau nipis

ulam2an ~ terpulang pd stok/citarasa masing2
timun batang ~ dipotong cam batang mancis/diricih
daun ulam raja ~ dihiris halus
daun kesum ~ dihiris halus
pucuk ketereh@jambu golok@gajus
daun serai kayu~ dihiris halus
kacang panjang ~ dipotong
kobis ~ dihiris halus
daun kemangi/selasih ~ dicarik2kan
bunga kantan ~ hiris halus

bahan sampingan
belacan
cili mesin/tumbuk


Ikan dibersihkan dan direbus dgn sedikit air. Rebus kejap jer. Kalau nak panggang pun boleh.
Bila dah sejuk sket perisikan ikan dr tulang.
Tumbuk lada hitam, bawang merah dan belacan hingga lumat.
Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi hingga lumat.
Masukkan air dan santan fresh ke dalam periuk dan masakkan atas dapur. Api sederhana aje ya.
Ambil sesenduk atau lebih sket bancuhan santan td dan gaul dgn bahan2 tumbuk.
Ni utk mengelakkan isi ikan berketul2 dlm kuah. Lepas tu baru masukkan bahan2 ni ke dalam periuk berisi santan selebihnya.
Masukkan garam dan kacau hingga hampir mendidih. (kuah hendaklah sentiasa dikacau)
Tak perlu la dimasak hingga betul2 mendidih/menggelegak. Ni nak mengelakkan kuah dr pecah minyak.
Padamkan api dan masukkan perahan limau nipis. (limau nipis dimasukkan kemudian sbb kalau masuk awal2 nanti kuah terasa sedikit pahit @ nak perahkan limau direct dlm mangkus masa nak makan pun boleh juga)
Masukkan laksa/laksam ke dalam mangkuk, letak ulam2an yg disukai. Sendukkan kuah ke atasnya dan letakkan juga cili mesin/tumbuk serta sedikit belacan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.