f Secubit Garam: Kalimah Allah Pada Biji Buah Peach

Monday, October 12, 2009

Kalimah Allah Pada Biji Buah Peach

Kali ni K.Nor nak tunjukkan satu lagi kebesaran Allah yg telah K.Nor temui pd biji/butir buah peach. Kalau tak silap pd tahun lepas (2008) K.Nor dan famili ke Tesco Kelantan semasa nak menghantar Naim ke asrama sekolahnya (masa tu dia masih menuntut di Maahad Tahfiz Al Asriah, Pasir Mas). Tu la kali pertama menjejakkan kaki ke Tesco Kelantan. Masa duk round2 dlm tu (bukan shopping mana pun, cuci2 mata yg kelabu jer hehe) K.Nor terpandang la buah2 peach. Terdetik dlm hati nak rasa camna taste buah peach fresh. Bila tunjuk ke Aisyah dia pun sama excited nak tau camna rasa fresh peach. K.Nor beli 2 bj, tu pun harga hampir $10.00 utk 2 bj tu.

Bila balik rumah K.Nor potong buah yg pertama tp masa tu tak terfikir nak check biji dia, terus buang dlm plastik sampah. Keesokkan harinya bila potong buah yg ke2 baru la terdetik hati nak check bijinya tu, mana tau kut2 Allah nak tunjuk sesuatu kat situ. Biasa la kan, kalau biji buah kurma nabi dah biasa org temui kalimah Allah kan.. Bila K.Nor perhatikan betul2 biji tu mmg tertera kalimah Allah! K.Nor tunjukkan kepada cik abg tp dia tak nampak dgn jelas. Padahal K.Nor mmg yakin ada kalimah Allah kat biji tu.

Bila biji tu makin mengering keesokkannya, kalimah Allah tu semakin terang dan jelas. Kali ni baru la cik abg percaya. K.Nor minta dia shoot gambar biji tu tp bila di ambil dgn lense biasa tak jelas lak dlm screen. Lama gak la terperam hasrat nak tunjukkan pd org lain ttg penemuan ni tp tak tercapai. Kebetulan satu hari tu cik abg pinjam lense macro kawannya (masa tu dia masih belum miliki lagi lense macro) K.Nor minta dia shoot gambar biji peach tu, akhirnya baru la nampak jelas kalimah Allah yg tertera atas biji buah peach tu. Alhamdulillah.. tercapai gak hasrat K.Nor.

K.Nor dah pernah tayang gambar ni kat forum MyR tp kali ni nak tayang la kat sini pulak. Supaya lebih ramai yg dapat sama2 melihat kebesaran yg Allah nak tunjukkan ni. Sampai ke hari ni K.Nor masih menyimpan biji buah peach ni dan kalimah Allah masih lagi tertera di atasnya.

Betapa hebat dan agungnya kuasa Allah, betapa hina dan lemahnya kita hambaNya ni.. Jangan la mengagung2kan manusia lain sedangkan taraf kita sama jer di mata Allah. Yang membezakan kita hanya la ketaqwaan kita padaNYA. Mudah2an kita tergolong dlm golongan yg memperolehi kebahagiaan yg kekal abadi nanti.. Amiin...