f Secubit Garam: Sambal Kentang Hijau

N3 Terkini

Thursday, October 15, 2009

Sambal Kentang Hijau

Tak nampak hijau pun kan. Sbb K.Nor tak guna cili hijau, no stock! Dah nak buat jugak, K.Nor guna aje cili padi kaler ijo. Mana boleh letak banyak2 kang berasap lak. Pastu letak la daun kucai pemberian jiran. Letak lebih2 sket.. ermmm... nampak gak la kehijauan dia kan.. Tak kisah la janji rasa dia sedap. Ratah aje pun sodap!

Resipi Puan Deana yg semakin ayu dan semakin slim sejak lepas puasa nih.. Ana, halal ya nak letak resipi kat sini.

SAMBAL KENTANG HIJAU

  • Segenggam besar ikan bilis - dikopek
  • 3-4 biji kentang - dibelah 4 n hiris
  • 8 biji lada hijau - ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu besar gula
  • garam
  1. Goreng kentang dn ikan bilis sehingga kekuningan dan garing terlebih dahulu dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing dan masukkan serbuk kunyit. Masukkan pula gula, garam dan pak aji secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan kentang dan ikan bilis, gaul rata dan siap!

7 comments:

  1. Salam Nor, Sedapnya .....hari ni tak nak masak sebab ada tahlil kat rumah mak ngah...tapi tak tahan lak nengok ikan bilis Nor ni...just that..Watie tak suka sayur kucai....eeee tak sukalah kucai tu...!!

    Tq for sharing!

    ReplyDelete
  2. salam...
    seeedaaapnyeee...kalu letak kacang jawa
    best niii...cam masakan Padang

    ReplyDelete
  3. Salam kak Nor,

    Fuh fuh, pedas tu. Terima kasih banyak kak, atas petua membakar kek yang diberikan :)

    ReplyDelete
  4. tak ijau pun x pe nor..kang ijou sgt melepuh lak mulut tu! menu simpel cam ni yg kite suka tau, takut x cukup je nasi speriuk!

    ReplyDelete
  5. kak nor, saya memang masak lauk ni.. sapa panggil ni lauk malas saya.. tapi saya selalu letak skit belacan.. mengancam tau!

    ReplyDelete
  6. watie >> tak suka tak yah la letak.. senang aje kan

    liza >> ntah la liza, resipi mmg asal dr org jawa si ana wahid nun :)

    nurindah >> sama2 nur

    ain >> mmg sodap!

    am >> meh nor tambah satu periuk lagi, nak? :)

    melovesfood >> aik lauk malas la pulak ya.. malas2 pun sedap kan..

    ReplyDelete