f Secubit Garam: Ikan Goreng dlm Sos Daun Limau Purut

N3 Terkini

Saturday, October 10, 2009

Ikan Goreng dlm Sos Daun Limau Purut

Panjang ke nama dia? Nama dish ni dlm Siam pun panjang gak tau.. Sebut elok2 ya, kalau terbelit lidah, uraikan sendiri.. Pla Tod Rad Sos Bai-ma-krood. Satu lagi resipi dr buku masakan Thai yg dulu tu. Dah lama aim nak buat, takut tak sedap. Taaaaaaaaapi bila buat, sedap la pulak. Enak dimakan panas2. Ratah aje pun sedap. Sos dia tu best, dgn rasa masam, manis dan pedas. Biasa la... masakan Thai mmg tak lari dr 3 rasa utama ni kan..

Jom kita tengok resipi dia.. Ni dr resipi asal yg dah diedit sedikit ttg penggunaan gula dan tepung jagung yg K.Nor rasa agak banyak. Jadi K.Nor dah kurangkan tu..

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

7 comments:

  1. salam kak Nor..hmmm, sedapnya talapia. rupa2 macam2 cara bole masak talapia ni, kak? last makan, talapia bakar masa beli pasar ramadhan..

    ReplyDelete
  2. gtee sedap ni!!! tengok resipi dah tau sedap dah!!

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera,

    Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami.

    Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

    Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  4. nurindah >> salam.. atas kita sebenarnya, mcm2 boleh kita buat.. try la..

    ain >> kalau gitu, jgn tak buat! :D

    imcurtain >> okies, tq

    ReplyDelete
  5. Bestnye ikan nie Kak Nor!!! tp cemano nak makan nie, tergeliat dah lidah lepas sebut nama siam ikan nie..hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah kakNor, nak cub ani, ikan talapai ada kat esbok tu..

    ReplyDelete
  7. cikmilah >> kalau dah ada stok ikan, try la buat.. insyaallah sedap

    ReplyDelete