f Secubit Garam: Puding Triffle

N3 Terkini

Friday, October 2, 2009

Puding Triffle

Dessert request by Naim dan Aisyah. Smlm buat utk berbuka. Tengok Jun pun buat gak tp dia buat sendiri belaka termasuk swiss roll. K.Nor buat gak swiss roll tu tp buat kat kedai roti hehee... Amik kat rak dan bg duit jer kat tokey kedai tu, abis citer.

Resipi Triffle ni K.Nor amik kat rumah Ann Paka tp resipi asal dr K.Liza. TQ Liza dan Ann, mmg sedap puding ni. Mintak izin ya, nak letak resipi tu kat sini.


TRIFFLES

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

7 comments:

  1. uishhh...mengancam(dietku) puding akak nihhh..
    nih kena makan pakai sudu ke leh potong2 kak..
    kalo dah dalam bekas tuh leh jer makan pakai sudu ek?ke kalo potong2 lg best kak?

    ReplyDelete
  2. td nmpak kat umah kak jun. now ni kat umah kak nor pulak. aduss...bila le nak ke umah sy pulak.hehehe

    ReplyDelete
  3. sue >> nak diet ke? yer la tu.. hehe.. mmg kena scoop dgn sudu jer sue cayang, tak leh potong2, ia lembik, tak leh nak shape

    ain >> satu kebetulan tu ain.. k.nor dah buat semalam lg triffle ni, cuma baru jer post n3 arini hehe.. p buat, baru la sampai rumah ain lak :)

    ReplyDelete
  4. daniera >> cuba la buat.. mudah jer

    ReplyDelete
  5. alahai sedapnyer...sok/wiken nk kena wt jugak neh hehe...

    ReplyDelete
  6. tq akak sbb bagi idea nie..saya nak wat untuk raya nnt lah..sbgai pencuci mulut..

    ReplyDelete