f Secubit Garam: Udang Goreng Sos Cili Thai

N3 Terkini

Friday, August 27, 2010

Udang Goreng Sos Cili Thai

Menu simple jer utk berbuka semalam, Udang Goreng Sos Cili Thai. Ada rasa masam,manis dan pedas. Biasa la tu, kalau masakan Thai mmg kena ada semua rasa tu kan.. Meh tengok resipi simple yg dtg idea spontan nih..


UDANG GORENG SOS CILI THAI

300gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~~~
3 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
carrot
bunga kobis/brokoli
5 - 7 bj cili api ~ diketuk dan dipotong dua
sedikit daun ketumbar ~ dihiris
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
sedikit garam jika perlu
minyak

Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap atau sehingga udang bertukar warna.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan minyak dlm kuali lebih kurang 2 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan bawang merah dan goreng hingga bawang layu.
Masukkan sos cili thai, sos ikan, cili api, carrot dan bunga kobis/brokoli.
Gaul2 rata dan masukkan udang.
Masukkan garam jika perlu tp hati2 sbb dah ada rasa masin dr sos ikan.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.
Kacau sekejap dan padamkan api.
Angkat dan hidangkan panas2.

2 comments:

  1. wah kak nor, sedapnya udang tu...terliur dah ni...

    ReplyDelete
  2. mas >> mmg sedap nih, ratah aje lg sedap :)

    ReplyDelete