f Secubit Garam: Jom Mengukis..

N3 Terkini

Tuesday, August 24, 2010

Jom Mengukis..

Salam...


K.Nor dah start mengukis? Ha ha...baru panaskan enjin ni, ni pun buat masa hari Jumaat baru2 ni. Semalam Ummi dah start tayang dia punya kukis kat fb, so kena tayang gak la.. hehe.. Sebenarnya Biskut Coklat Chips ni K.Nor buatkan utk buah hati kat Jordan nun. Tahun ni dia tak balik beraya, so buat la sket dan poskan kat dia biskut kegemaran dia ni. Dia kata tak nak banyak kukis cukup la yg ni dan satu lg kegemaran dia Cornflakes Chocolate. Awal pg td dah buat yg cornflakes tu, insyaallah akan diposkan hari ni atau esok ke Jordan. Mudah2an selamat sampai ke tangan anakanda K.Nor tu..

Berbalik pd n3 ke 2 hari ni, Biskut Coklat Chips.. ni lah salah satu kukis wajib buat tiap2 tahun time raya. Kukis kegemaran anak2 K.Nor, kalau buat mesti kena double or triple adunan. Sebab biasanya kalau buat 1 adunan mmg tak sempat raya la jawabnya.

Jom kita tengok resipi ya...


BISKUT COKLAT CHIPS My Syle

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang



Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...

 Yg bakal terbang ke Jordan :)

    Tayangan amal, atas permintaan K.Liza dan mana2 yg nak tau cara K.Nor buat kukis ni jd cantik membulat dan seragam jer saiznya ... abis la secret K.Nor ya.. hehehe..


     Caranya: K.Nor guna scoop tembikai (ori tupperware). Scoop dan tekan2 sket agar rata doh dlm tu.



    Ketuk batang scoop tu kat mangkuk adunan sambil tadah satu lg tangan di bawahnya. 
    Pastu alihkan ke loyang (sebaiknya alas dng kertas baking). 
    Jarakkan sket sbb kukis ni biasanya mengembang.
    Letak la choc chips atasnya utk serlahkan kejelitaan kukis nih.. hehehe


    16 comments:

    1. salam kak nor...saya ni pun dah patut stat enjin mengukis gak ni.

      ReplyDelete
    2. Kak, banyak ke nak buat kukuis ni? Kita pun dah buat...banyak hangus dari jadi..ki ki ki...tapi anak kita bedal gak...kesian anak-anakku.

      ReplyDelete
    3. wah cepat nyer dah siap cookies.

      ReplyDelete
    4. cantekkkk kukis kak nor ni. cam lam kartun tuu.. hehehe! kak nor... ni mesti dah kena tibai skit kan kan kan.. jd kak nor kena doublekan bahan pastu anta skit kat jiya ya. hikhikhik

      ReplyDelete
    5. ain >> dah jumpa kunci belum ain, kang nak start enjin tu.. hihihi

      gerau >> yg k.nor buat tu 2 adunan, ada la balance dlm 20 ketul utk anak2 kat rumah ni ngap lepas berbuka..yg lain2 semua masuk balang :)

      hehe.. kesian anak2 tu gerau.. kena slow sket suhu tu gerau, maybe oven gerau tu jenis kuat panasnya.. set dlm 170C pun ok gak

      lina >> cepat ke lina, org lain dah lama start mengukis akak baru jer nak buat :)

      jiya >> ish.. dlm kartun lak.. tak tibai yg nk bg ke along, cuma yg tak muat balang jer adik2 dia tibai .. tak kose nak bg jiya, bak dulu kek lapis coklat stoberi tu, baru akak buat :)

      ReplyDelete
    6. Salam Nor..
      Terimakasihhh...terimakasihhh....
      so now akka dah tahulah rahsia kejelitaan kukis tuu...

      ReplyDelete
    7. salam kak nor..puas saya fikir cam manalah kukis akak tu cantik bebenor rupanya..baik sunggoh ati kak Nor share sikret kat sini. Tima kasih kak..

      ReplyDelete
    8. k.liza >> salam k.liza.. hehe kasih diterima dgn senang hati :) simpan baik2 rahsia tu ya.. hihihi

      eliza >> salam eliza.. dah terang lagi bersuluh kan.. slmt mencuba :)

      ReplyDelete
    9. Kak Nor.. nak tanya, bancuhan dia mmg lembek sikit ke?

      ReplyDelete
    10. fara >> salam fara, tekstur doh ni mmg lembut tp bukan lembik sgt ya.. mmg jenis kena scoop jer tak leh canai atau terap2..

      ReplyDelete
    11. assalamualaikum kak.sya nk tnya kertas baking tu adakh kertas tracing paper tu.....norlie (e mail syafinoz@yahoo.com.my)

      ReplyDelete
    12. norlie >> w'salam.. betul tu.. k.nor dah reply email norlie ya..

      ReplyDelete
    13. Salam kak nor,sy dh try buat kukis ni ikut rcp akak dlm myR.org spt sy yg 1st time lajo wat kukis nak tau knp(sy guna smua tpg gndum)yer kena ltk baking pwder sbb sy belek2 rcp lain xd pun ltk b.pwder jst soda bicarbonate jer...Utk pengetahuan kak nor 1st time sy buat x ltk pun BP tu,dh pun hbs dibedal ank2..sdpp....2nd time buat sy ltk BP-x tau apa beza,mcm sm jer...tp mcm lbh mengembang.pun sdp...dh di sembunyikn,tkt hbs lg...Thanks ats rcp ini..

      ReplyDelete
    14. anon >> alahai.. kenapa tak tinggalkan nama.. :)

      mekasih sudi try biskut ni.. utk pengetahuan, kalau kita letak baking powder, kukis kita akan mengembang dan menghasilakn kukis yg ringan dan tak padat (spt mana kalau kita hanya guna tpg gandum) kalau letak soda ni, kukis tu akan lebih berongga bahagian dalamnya. so akan bertambah rangup, dan ringan serta lebih sedap

      ReplyDelete
    15. Nak try buat lah , doakan semoga berjaya yer kak .
      Satu adunan ni boleh dapat berapa biji kukis yer kalau kita buat ikut scoop yg kak Nor guna ???

      ReplyDelete
      Replies
      1. fatin, maaf ya, k.nor kalau buat kukis terutamanya coklat chips ni mmg tak pernah bilang.. main buat dan sumbat jer dlm bekas.. dan selalunya tak pernah buat 1 adunan sbb ni biskut kegemaran anak2. dia org selalu bawak balik ke asrama dan bawak ke skolah time jamuan raya.. cuba la buat dulu ya dan bilang berapa yg dpt :)

        all the best.. :)

        Delete