f Secubit Garam: Koleksi Kukis ~ Tart Keju Nenas

N3 Terkini

Sunday, August 29, 2010

Koleksi Kukis ~ Tart Keju Nenas


Satu lg koleksi kukis lama ni ya.. bukan kukis raya utk tahun ni. Yg tahun ni baru buat 1 jenis, tak sempat nak posing pun lg :)

Ni adalah Tart Keju Nenas, resipi K.Fida MyR yg K.Nor cuba tahun lepas. Not bad rasanya, ada rasa lemak2 keju. Biasa la kan kalau letak keju mesti ada rasa lemak2 gitu. Ada sapa2 nak cuba? Ok K.Nor letak resipi tu kat sini lak ya.. Mekasih buat K.Fida sbb sudi share bermacam2 resipi kat MyR. K.Nor mmg suka K.Fida ni, tak lokek ilmu dan kalau dia jawab apa2 soalan/komen kat resipi beliau di MyR, semuanya nice ajer, ikhlas berkongsi ilmu gitu..

TART KEJU NENAS by K.Fida MyR

Bahan2 doh tart:-
450 g mentega - lembut
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
100 g gula halus (saya guna gula icing)
100 g keju cheddar (KRAFT) - diparut dan dilecek
1 kg tepung gandum - ayak

Bahan2 inti :-

2 biji nenas - diparut
450 g gula pasir
1 biji pelaga,2 kuntum bunga cengkih - (jika suka)
2 sb mentega/majerin

Cara-cara
Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat.Masukkan mentega/majerin dan kacau sebati. Matikan api dan sejukkan.
Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.
Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.
Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya. Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.
Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.

2 comments:

  1. Errmm..tat nenas..menggoda betul la kak nor..

    ReplyDelete
  2. sue >> kalau dah tergoda kena buat sue, kang tak lena tidur mlm :)

    ReplyDelete