f Secubit Garam: Ikan Pari Bakar

N3 Terkini

Saturday, August 14, 2010

Ikan Pari Bakar

Meh kita makan Ikan Pari Bakar. Salah satu menu yg dikatakan wajib buat dlm bulan puasa. Biasanya K.Nor guna ikan pari kalau nak buat ikan bakar ni. Kadang tu guna sotong, sedap jugak. 


 Kalau ada ikan bakar kena ada sekutu rapatnya, air asam. Kalau tak tak ngam! hehe


Ni paste/rempah ikan bakar yg dah siap. Buat lebih2 pastu frozenkan. Nak buat lagi lain kali, senang aje kan.




REMPAH IKAN BAKAR My Style

7 sudu besar cili mesin
3 labu bawang besar*
7 bj bawang merah*
7 bj bawang putih*
1in kunyit hidup*
2 in halia*
1 in lengkuas*
5 bj cili merah ~ kalau nk pedas lg boleh tambah cili padi*
secekak daun kesum*
3 btg serai*
sedikit belacan
2 sudu besar asam jawa ~ diambil airnya
3 sudu besar kicap 
3 helai daun limau purut ~ dihiris
garam dan gula secukup rasa
2 gelas air
minyak

Blendkan kesemua bahan yg bertanda *
Panaskan minyak dan masukkan cili mesin.
Tumis hingga garing.
Masukkan bahan blend dan goreng lagi.
Bila dah garing masukkan sedikit air dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan belacan, air asam jawa dan kicap.
Masukkan juga garam dan gula.
Biarkan seketika baru lah dimasukkan 2 gelas air.
Masak dgn api sederhana hingga hampir pekat dan masukkan hirisan daun limau purut.
Gaul2 sekejap dan boleh la dipadamkan api.
Sedia utk digunakan dlm masakan ikan bakar.

* masa nak makan ikan bakar, perahkan jus limau kasturi atas ikan bakar utk dptkan rasa yg lagi enak.

5 comments:

  1. salam kak nor..sedapnya pari bakar..kak nor bakar atas api ke dlm oven..saya buat ikan bakar ke..apa ke..mesti agak2 fail..tak juicy..ada tip tak kak nor..nak try buat paste bakar kak nor ni la..

    ReplyDelete
  2. salam ramadan kak..
    nk minta izin..saya copy paste resepi ni..try nk masak hari ni..TQ..

    ReplyDelete
  3. salam kak nor..mas suka ikan pari bakar, sedapnya...entah bila nk buat, selalu beli jer..terliur tengok ikan akak tu...

    ReplyDelete
  4. izah >> k.nor selalunya bakar atas api. meh nak bg tau tekniknya nk dptkan ikan yg juicy :)
    1. lapik daun pisang atas sekeping aluminium foil(daun pisang tu potong kat bahagian yg keras2 kut payah kang nak lipat
    2. ratakan paste ikan bakar
    3. susun ikan atas tu
    4. letak lg paste atas ikan
    5. letak sekpg lg daun pisang
    6. letak sekpg aluminium foil
    7. lipat sekeliling bahagian hujung alum. foil dgn kemas.
    8. letak atas pemanggang besi
    9. bakar direct atas api dapur
    10. panggang hingga masak

    tips:
    1. alum.foil mestilah lebih besar dr daun pisang dan ikan, utk mudahkan nak lipat
    2. kalau bakar kosong ikan2 biasa(bukan ikan bakar berempah ni) tak kisah la nak guna daun pisang atau tidak
    3. kena lipat dgn kemas hujung foil supaya air tak menitik keluar
    4. dgn cara guna alum. foil dapur pun tak kotor dgn lelehan air ikan yg sedang dibakar
    5. yg penting sekali ikan kita masak serata dan kejap aje sbb haba/kepanasan masa bakar tu serata jer dlm foil tu.

    agak2 faham tak izah? smlm lepas siap bakar baru teringat nak shoot gambar step by step hehe..

    ReplyDelete
  5. sarah-najwan >> salam, slmt berpuasa

    silakan slmt mencuba ya..smoga kena dgn selera

    mas >> mmg la kalau tak biasa buat, baik beli kan mas.. tp kalau buat lg puas hati nak rempah banyak ke sikit :)

    ReplyDelete