f Secubit Garam: Rendang Kerang

Tuesday, August 17, 2010

Rendang Kerang

Salam..

Semalam kata tak ada show masakan kan. Tp bila dah duk saja2 ni, dapur tak berasap.. rasa boring la pulak. Bila tengok 'rumah' ni sepi jer, terfikir nak letak n3 ttg masakan yg pernah K.Nor buat masa mula2 kenal MyR dulu. Ada banyak lg tp K.Nor letak sket2 jer la dulu ya, sementara dapurku bertugas semula 3 hari lagi (setelah abis majlis tahlil arwah merangkap majlis berbuka puasa) Sekadar nak berkongsi resipi2 sedap yg pernah dicuba, sekurang2nya boleh memberi idea pd org lain, apa nak dimasak sebagai juadah berbuka puasa.. boleh gitu kan.. :)

Gambar2 ni dlm kazanah peti buruk (photobucket). Jadi tak yah la nak ngendeng ya, semua dah lama jd baja :)  Kita mulakan dgn resipi kerang ni.. Rendang Kerang Ana bini Wahid. Sedap dimakan dgn nasi putih atau boleh dicicah dgn lemang atau ketupat. Ana, cam biasa akak kopipes ek..



RENDANG KERANG by Waheedena

Bahan-bahan
1-1 1/2kg kerang direbus
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bhn perasa secukup nya
daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara-cara
Sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas
Masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping
Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit
Masukkan kerang dan gaul sebentar
Tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
Akhir sekali masukkan pula garam dan bhn perasa secukup rasa
Klu sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing
Selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan