f Secubit Garam: Sup Tulang Pedas Masam

N3 Terkini

Friday, August 20, 2010

Sup Tulang Pedas Masam

Setelah 4 hari dapur diberi MC, smlm kena start kerja balik. Dah rindu nak main masak2 kat rumah. K.Nor mulakan dgn masakan sup yg mabeles ni. Tulang ni sebenarnya dah dibeli pd hari arwah ibu tiri K.Nor meninggal tempohari tp bila dah dapat berita kematian arwah terus aje sumbat dlm freezer. Pes cili sangai pun sib baik sempat masak aritu, pun sumbat gak dlm esbok. Tak per la, kita gunakan ajer esok2.

Dah lama aim nak buat sup tulang Dayang Jack ni. Sejak cik abg kena by pass tak leh la nak makan daging lembu/tulang2 kerap cam dulu2. Sesekali boleh la layan selera anak tekak tukang masak ni kan.. Memang sedap rasa Sup Tulang Pedas Masam Dayang nih. Kalau tak caya cuba lah, insyaallah puas hati..



Dayang, nak kopipes kat sini lak ya, kita panjang2kan pd org lain pulak resipi best ni.. tq.. psst Dayang, take care tau, jgn penat2 sgt :)

SUP TULANG PEDAS MASAM by Dayang Jack

Bahan-bahan :
1 kilo tulang lembu
1 sudu makan perencah sup (tak letak pun ok)
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
cili padi secukupnya (diketuk)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sdt lada hitam (ditumbuk)
1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar (dimayang)
bawang goreng
daun sup/daun bawang
air secukupnya

Cara-cara :
Tumis bahan2 tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan air, perencah sup, tulang dan garam.
Rebus hingga empuk. Barulah dimasukkan jus limau nipis, gula, bawang besar dan cili padi. Masak lagi untuk beberapa minit.
Setelah masak, hiaskan dgn daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


sedikit tip:
  • cam biasa kalau k.nor buat sup tulang, k.nor akan rebus dulu tulang dgn air hingga 1/2 empuk.
  • pastu ceduk keluar bahagian berminyak yg keluar ke dalam sebuah bekas.
  • kena ulang2 buat sampai habis minyak2 di tepi periuk.
  • panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk dan rempah hingga wangi dlm sebuah kuali berasingan.
  • masukkan perencah sup dan sedikit air.
  • bila dah pecah minyak/rempah2 garing sket baru curahkan ke dalam periuk rebusan tulang.
  • pastu teruskan masak spt biasa ikut step yg dinyatakan dlm resipi.
  • dgn cara ni, lemak2 dr daging/tulang dpt kita asingkan so mulut kita tak berminyak sgt bila makan sup.
  • tak la kita telan kolestrol banyak2 kan..
  • insyaallah sup kita lebih sedap.

6 comments:

  1. warghhhh!! peberet jiya ni kak nor. sup daging sup tulang sup gear box.. fuhh!! mengancammmm!!aummmmm!! akekekekekeke

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa!!! hari ni Insyaallah, klu rajin saya nak buat bone steak la.

    ReplyDelete
  3. jiya >> miaaaaaaau!! akak tak main la ghimau2 nih.. anak tucin boleh ler :)

    ain >> buat ain.. pastu bak semangkuk ya.. :)

    ReplyDelete
  4. salam nor,
    wah ada sup2 ni yang sedap ni..hirup2 tak hingat donia..ada lagi balance kasi kita semangkuk..

    ReplyDelete
  5. uii..ni kalo dpt hirup panas2 takyah makan nasik pun tak pe laa kakk..ada lagik ke?xnak banyak,seperiuk jek!!

    ReplyDelete
  6. ayu >> salam cik puan ayu :)

    mmg best, ada rasa masam dan pedas tu.. sedap!!

    sue >> amboiii tak banyak ya seperiuk tu.. nanti akak bagi dgn periuk sekali, tp sebelum tu bak dulu udang galah 5kg :P

    ReplyDelete