f Secubit Garam: Ibu Tiri K.Nor kembali ke rahmatullah..

Sunday, August 15, 2010

Ibu Tiri K.Nor kembali ke rahmatullah..

Tepat jam 1.20 ptg td ibu tiri K.Nor telah menghembuskan nafasnya yg terakhir di ICU Tkt 8, Hospital Nur Zahirah setelah dimasukkan ke wad pd awal pg Jumaat 6 Ogos. Arwah telah tidak sedarkan diri akibat jangkitan kuman yg merebak setelah buah pinggangnya yg gagal berfungsi dgn baik. Sebelum tu pernah dimasukkan ke hospital Hulu Terengganu, lebih kurang seminggu kerana tekanan darah dan hb yg rendah. Lepas keluar dr wad, arwah kurang makan dan minum menyebabkan badannya semakin lemah dan kekurangan air pd badan menyebabkan buah pinggang tk dpt nak berfungsi. Dua tiga hari lepas arwah telah menunjukkan tanda2 pemulihan dan telah mula sedar tp tekanan darah duk up & down jer. 

Ditambah lg dgn keadaan jantung arwah semakin lemah dan tak dapat bernafas secara normal. Pernafasan pun selama ni bergantung sepenuhnya pd mesin. Start semalam, tekanan darah arwah makin menurun tp pg tadi tiba2 tekanan darahnya melonjak naik tinggi. Bila dikurangkan dos ubat, tiba2 tekanan darah menurun dgn begitu drastik. Pelbagai usaha dah dijalankan oleh doktor2 dan nurse2 yg bertugas namun kuasa Allah tiada siapa dpt menghalangnya. Akhirnya arwah pergi setelah penat bertarung nyawa. 

Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 arwah dan menjauhkannya dari azab dan fitnah kubur, menjauhkannya dari azab api neraka dan menjadikannya sebagai penghuni syurga nan abadi... amiiinnn