f Secubit Garam: Yogurt Fried Chicken

N3 Terkini

Tuesday, August 24, 2010

Yogurt Fried Chicken


Layan anak tekak Luqman yg nak makan ayam goreng cam kepci. Memang dia suka Yogurt FC ni, siap ratah2 lg. Resipi tokey ayam goreng ni, sapa lg kalau bukan Love2cook nun. Bz sungguh dia lately sampai dah jarang2 jer update blog. Live, K.Nor nak share sekali lg resipi Love tu kat sini ya... TQ dearie :)


YOGURT FRIED CHICKEN by Love

Bahan-bahan
* Bahan (A)
* 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
* 1 cwn/250ml plain yogurt
* 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
* 2 inci halia ~ ditumbuk halus
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
* garam secukup rasa
* 2 tangkai daun kari
* Bahan (B)
* 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
* 1 sk baking powder
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
* secubit garam
* -------------------------
* jus lemon (optional)
* minyak untuk menggoreng


Cara-cara
1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).- hana buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

* jus lemon k.nor letak sekali dlm bahan A

5 comments:

  1. KakNor...hehehe Love tak brp busy pun, cuma internet buat hal. Tenkiu sooooo much for doing the YFC again ye kak. Mmg nampak sedap lor akak goreng ayam tuh! Love pulak teringin nak ngap, cicah sos cili. ;)

    Take care dearie! Missed U!

    ReplyDelete
  2. sedapnya yfc..bawak mai seketoi...

    ReplyDelete
  3. mas pun suka ayam goreng, kak nor, nak 4 ketoi, nk simpan untuk berbuka..ha..ha...

    ReplyDelete
  4. salam akak ^_^

    soolan utk akak... serbuk paprika
    dan cayenne (tukar ngan serbuk kari kee?)
    tuuu camane yee?

    ReplyDelete
  5. love >> yfc ni mmg akan sentiasa dibuat lagi dan lagi sbb anak2 k.nor mmg suka dgn rasanya tu.. ha... tak pose ek.. hihihii

    umiey >> dah abis la umiey.. kalau nak kena tunggu lain kali lak k.nor buat :)

    mas >> haa... yer ke ni...ni mesti nak makan bawah meja! hihihi

    liza >> mmg payah sket nak jawab ni sbb k.nor mmg tak faham2 bab paprika atau cayenne ni..
    jd k.nor tukar aje kpd:
    yg satu tu tukar ke serbuk cili kasar
    yg satu lg tu k.nor gantikan dgn serbuk cili..

    pastu yg dlm bahan B, k.nor letak serbuk cili dan serbuk kari..

    hehee... biasa ler, kang k.nor selalu derhaka kat resipi :)

    ReplyDelete