f Secubit Garam: 2D 1N @ Kota Bharu

N3 Terkini

Sunday, August 1, 2010

2D 1N @ Kota Bharu

Salam semua....

Hari ni tak ada N3 masakan tp nak tayang sedikit sebanyak pasal cuti2 kat Kota Bharu, Kelantan. Lagi pun hari ni dapur MC sbb tukang masak jd driver pergi dan balik ke Kota Bharu hehe.. nak kata penat sgt tak la jugak tp saja nak bermales2an sket. Biasa la kan balik travel ni, mood nak masak tu kureng sket.

K.Nor bersama suami dan 2 org anak bertolak ke Kota Bharu pd awal pg Jumaat (30 Jul 2010). Singgah sekejap kat Pulai Chondong utk amik Naim yg baru abis kem BI dlm pukul 11.00 pg. Pastu terus ke Kota Bharu. Sebenarnya tujuan ke KB ni sekadar membawa anak2 berjalan2, nak cover balik masa dia org kena tinggal masa K.Nor dan cik abg ke IJN dulu tu. Lagi pun dah lama tak bawak Naim keluar dr asrama, tidur kat hotel. Sambil2 tu pasang gak serampang satu mata lg, cari baju raya anak2. Kebetulan lak masa gi tengah ada sale, syok ler soping moping hehe. Tapi tak la shopping banyak sgt pun, ala kadar jer.

Meh nak story sket tempat penginapan K.Nor bersama keluarga masa kat KB ni. Kiranya nak promote pun ya jugak tp promote ikhlas jer ni. Tak dibayar pun.. Apa salahnya kita kongsi info yg baik kan, tolong menolong sesama Islam sgt2 digalakkan. Lagi pun dgn cara ni boleh membantu kalau ada sapa2 yg nak ke KB dan tak ada tempat menginap.. kan.. K.Nor stay kat Homestay Panorama Sg Kelantan yg dimiliki oleh En Man. Secara kebetulan jer K.Nor terjumpa homestay ni masa duk surf cari homestay kat KB. Pastu mintak cik abg call utk booking. Alhamdulillah.. available pd tarikh yg diperlukan. Meh kita tengok foto2 yg sempat ditembak ya..


Homestay ni terletak dibangunan Pelangi Mall (Blok A). Mall ni belum dibuka lg rasanya tp apartment2 kat situ dah ramai yg duduk dan banyak gak homestay2 lain di bangunan yg sama.

Yg mana satu homestay yg K.Nor duduk tak pasti la pulak sbb nampak sama jer kan dari luar ni.
Tp yg pasti nya kat tingkat 13 :)
Ni pemandangan kat sebelah belakang bangunan.

Jom tengok pemandangan dlm rumah (homestay tu)
Living & dining room

Master bedroom, ada toilet dan aircon. (iron dan iron board pun ada)

2nd bedroom
(aircon)

3rd bedroom (kipas only)

Dapur

Pemandangan Sg Kelantan (air sungai cam air teh hehe)
Bila buka tingkap tu, nyaman jer angin bertiup.

Ada kolam renang gak ya, kat tingkat 10

Yeahhh terbang dik.. :)

Pemandangan dr bahagian depan bangunan. Nampak tak Masjid Muhammadi tu..
Dekat jer dgn homestay ni, boleh berjalan kaki jer kalau nak berjemaah kat masjid tu.
Bersebelahan dgn masjid pulak ada tempat jogging.
Lain kali nak datang kena bawak kasut jogging la nampaknya hehe


Ok, itu aje sedikit gambaran tentang homestay yg K.Nor sekeluarga menginap sepanjang 2 hari berada di Kota Bharu semalam. Insyaallah lepas ni kalau perlu bermalam lg kat KB mmg tak nginap dah kat hotel cam biasa sbb dah ada tempat yg lebih selesa dgn bayaran yg sgt berpatutan. Hanya $150.00 jer utk satu malam. Kalau bawak famili tidur kat hotel mana boleh duk bilik biasa kan, kena la family room tu dah berapa charge tuh.. So sangat2 berbaloi tinggal kat homestay ni. Tenang dan nyaman jer duk kat situ dgn tiupan angin yg dingin.. best. Nak masuk tu pulak siap ada pak guard, tak ada kad atau surat kebenaran tak leh masuk bangunan tu. Tempat makan pun banyak kat bawah tu, cukup mudah kalau nak makan. Opss lupa, sebenarnya homestay ni terletak satu bangunan dgn Hotel Ridel. Jadi tempat ni kiranya mmg menjadi tumpuan pelancung luar Kelantan. Sapa2 yg berminat dan nak info yg lebih lg ttg homestay ni boleh la tengok kat blog En Man ni HOMESTAY PANORAMA SG KELANTAN. Kat situ En Man ada letak no tel utk menghubungi beliau.

10 comments:

  1. wah....sy pun tak tau tempat ni...selesa la nampaknya.....

    ReplyDelete
  2. salam kak nor...memang berbaloi2lah menginap kat situ berbanding hotel...keadaan pun selesa...tapi tak berpeluanglah ima nak merasa sebab ima ni org kelate...hihi

    ReplyDelete
  3. murah..sgt2 berbaloi..kita kalu p klntan payah tul nk carik tmpt stay tau balik2 hotel yg sama..pas tu btl2 kat bndr..nk park keta pon mcm x selamat ja..tq kak

    ReplyDelete
  4. salam nor ..cantik homestay tuh ..balik kelate nnti nok kena booking dok situ gak ler .. selesa n berbaloi2x .. pssttt ..no.hp demo ambo terhilang secara x sengaja ..

    ReplyDelete
  5. kak nor
    2D 1N cam rancangan Korea kat KBS World tue heeee..wah best tul, wa masa g klantan duk kat juita inn jer...pas nie kalo g lagi bulih la cari tempat nie..tq2

    ReplyDelete
  6. salam semua.. alhamdulillah.. perkongsian k.nor kali ni memberi bakal memberi manafaat buat org lain.. insyaallah..

    suzzsuzie >> alhamdulillah.. selesa.. :)

    ima >> tak per, uar2kan pd sanak sdara atau sahabat handai yg balik atau bakal mengunjungi KB pun ok kan

    azie >> mmg berbaloi2.. hehe nanti kalau nak ke KB lg boleh la stay situ kan

    yatie >> dah call tu, nanti simpan baik2 no tu ya.. :)

    wawa >> hehe.. tak pernah la wa tengok rancangan tu.. sebelum ni k.nor pun pernah gak duk kat juita inn tu.. lepas ni mmg tak duk dah kat lain melainkan homestay ni fullybook

    ReplyDelete
  7. salam akak...

    info yg menarik...TQ ^_^

    baru nii liza p sabah, kat kinabalu park, pemandangannya memang cantik utk suami akak menembak...

    ReplyDelete
  8. liza >> salam liza.. alhamdulillah.. mmg niat k.nor letak n3 ni utk kongsi2 dgn org lain gak.. bukan nak menunjuk2..

    ermmm... kena simpan duit la camni, kut2 next year sampai m'sia timur lak :)

    ReplyDelete
  9. SAYA BERCADANG JUGA NK KESANA....ADA KELENGKAPAN MEMASAK TAK KAK? SEPERTI RICE COOKER DAN KUALI.....
    ......saga02

    ReplyDelete