f Secubit Garam: Ayam Masak Sos

N3 Terkini

Thursday, August 26, 2010

Ayam Masak Sos

Dah lama mintak izin dgn Nina SL nak menerai dan mengopipes resipi dia ni, akhirnya smlm terbuat la.. Alhamdulillah.. sedap! Tang bahan2 tak derhaka sgt pun kecuali yg last tu, sbg hiasan K.Nor gantikan daun saderi ke daun ketumbar sbb daun saderi dah abis stok. Sedap gak masa makan tu bila ditabur daun ketumbar, wangi jer. Mudah aje penyediaan Ayam Masak Sos ni dan bahan2 pun yg biasa ada kat dapur. Meh pakat try resipi Nina atau lebih glamer dgn nickname Sweetlily ni.

Nina, dah mintak izin tempohari kan, nak kopipes resipi tu kat sini... Tq... psst!!... ada tak stok kek terlebih bakar.. hihihihi


AYAM MASAK SOS by Nina SL

Bahan-bahan:
Dada ayam - potong kecil - goreng terlebih dahulu pun sedap
2 biji bawang merah - hiris halus
3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1" halia - hiris halus
2 biji tomato
4 tangkai lada kering
sedikit lada hitam
1 batang lobak merah - potong bulat
sos tiram
sos cili
sos tomato
soya sos
sedikit kicap pekat
1/2 cawan air
sedikit gula + garam




Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dalam kuali. tumis semua bawang, halia dan lada kering hingga garing.
- Kemudian masuk 1/2 cawan air. gaul rata.
- Masuk ayam dan semua jenis sos + lada hitam. masuk lobak.
- Biar hingga mendidih dan masak hingga kuah agak pekat.
- Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan dengan garam + sedikit gula.
- Angkat dan tabur dengan daun sup. hidangkan..

** utk peringatan K.Nor dikemudian hari:
tambahkan sedikit cili mesin atau cili serbuk ~ nk kasi lebih pedas sket :)

7 comments:

  1. salam...

    K.Nor...sos soya tu mende K.Nor...

    ReplyDelete
  2. salam lieza >> ntah la, tp k.nor letak kicap manis :)

    ReplyDelete
  3. Oooo...terima kasih K.Nor..lieza mmg nak try la buat...sungguh melening2 kuahnya..

    ReplyDelete
  4. soya sos tu kicap soya..macam kicap masin tu kakak2 berdua :)

    ReplyDelete
  5. kalau x letak kicap pun xpe kan...sos tiram tu dh mcm kicap dh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer, terpulang pd citarasa masing2. memasak ni kita boleh ejjas ikut selera dan bahan2 yg kita ada :)

      Delete