f Secubit Garam: Kerabu Pucuk Kunyit

N3 Terkini

Wednesday, August 18, 2010

Kerabu Pucuk Kunyit

Show ke3 dari khazanah peti buruk, Kerabu Pucuk Kunyit. Resipi Che'Iza yg terror masak lauk pauk, yg duduk nun di Perlis. Bagi sapa2 penggermar kerabu boleh la cuba Kerabu Pucuk Kunyit ni. Memang sedap. Aritu buat K.Nor tak guna sepenuhnya pucuk kunyit, guna gak daun kunyit tp yg muda2 la. Mana nak dpt pucuk kunyit yg masih bergulung banyak2 kan, tanam pun berberapa pokok jer. Tapi hasilnya tetap sedap.

Iza, akak nak kopipes resipi tu kat sini ya.. Mekacih ...



 KERABU PUCUK KUNYIT by Che'Iza

6-7 helai daun pucuk kunyit (kalau yg masih bergulung2 tu lagi sedap)
1 ekor ikan kembong (70-80gm) dibakar
1 sk udang kering basuh dan digoreng
1 biji bawang merah
10-12 biji cili padi
1 batang serai
50 gm (2 sb) kelapa parut disangai hingga kuning
*1 biji limau kasturi
*sedikit garam, gula n perasa kalau suka
Cara-cara

Pucuk kunyit dibersihkan, hiris halus mcm nak buat bunga rampai. Masukkan dlm satu bekas. ketepikan
Ambil isi ikan dan tumbuk bersama semua bahan lain kecuali yg bertanda *, tumbuk kasar2 pun tak pe..
Masukkan bahan yg telah ditumbuk kedlm bekas berisi daun kunyit tadi. Perahkan air limau kasturi. Masukkan garam, gula n perasa. Gaul sekata n siap...... bolehlah dihidang...

2 comments:

  1. sedap ni...baik utk kesihatan..makan plak ngan nasi panas2..ermmm selera.

    ReplyDelete
  2. ummi >> betul tu, selain dr rasanya yg sedap ia pun bagus utk kesihatan .. nak2 utk kaum wanita.. insyaallah..

    ReplyDelete