f Secubit Garam: Pla Lui Suan @ Ikan Dalam Taman

N3 Terkini

Saturday, August 21, 2010

Pla Lui Suan @ Ikan Dalam Taman


Lama betul tak buat lauk ni, resipi dr buku masakan Thai. Dah ramai yg try masakan ni, alhamdulillah.. mmg best. Nak buat masakan ni kena buat dulu Pes Cili Sangai, baru la boleh teruskan dgn goreng ikan dan buat Sos dia tu. Sos tu mudah aje disediakan, cuma hiris semua bahan2 yg perlu dihiris dan gaulkan dgn bahan2 selebihnya. Pastu curah aje atas ikan yg siap digoreng.. Resipi Pes Cili Sangai boleh ditengok kat sini ya.. Kalau nak buat pes tu, boleh la buat 1/2 dr resipi tu spt yg K.Nor buat tu. Sbb kalau buat 1 adunan mmg banyak gak la. Lebihan pes tu boleh la dibuat masakan lain, spt goreng dgn sotong, boleh dibuat masakan tomyam (yg ni pebret Kakyu Myr)

Ok, jom tengok resipi Ikan Dalam Taman ni..


IKAN DALAM TAMAN @ PLA LUI SUAN

1 ekor ikan siakap
 1/2 caw tepung serbaguna
minyak utk menggoreng

Bersihkan dan keringkan.
Celup ikan dlm tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
Toskan dan letak atas piring.

~~~~~~~~~~

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai


Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..

4 comments:

  1. salam kak nor...sedapnyer nama, cantiknya taman...rase sure sedap gilossss ni!! :)

    ReplyDelete
  2. salam kak nor...menariknya tengok ikan tu..tengok jer dah tahu mesti sedap...

    ReplyDelete
  3. salam kak....memang mcm dlm tmn la...bushyyy!!!!

    ReplyDelete
  4. Fulamak, ter nganga jap tengok lauk k nor ni.....sodap nyer....

    Kak Sihat? Pose ok dok? Selamat bebruka yer kak....

    ReplyDelete