f Secubit Garam: Puding Roti Coklat

N3 Terkini

Tuesday, August 17, 2010

Puding Roti Coklat

Show ke2 dr kazanah peti buruk, Puding Roti Coklat. Resipi asal Puding Roti Marble oleh Ina@Hana tp dah tak dibuat marble, taram semua dgn serbuk koko, jadi la Puding Roti Coklat. Biasa lah.. K.Nor kan suka derhaka kat resipi :) Bila buat full coklat gini, anak2 lagi suka.. Jom tengok resipi asal.. Ina.. akak nak share kat sini ya.. tq :)



PUDING ROTI MARBLE by Ina@Hana

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

4 comments:

  1. This looks so good! Lusa jugak saya try! NAk tunggu rajin sikit hehehe, lusa insyaAllah rajin kut.

    Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. wah...mcm senang ek..nnt le klu sy kering ide sy amik resepi ni dolu ye kak

    ReplyDelete
  3. best jugak tu buat satu kaler jer kak..x renyah2 nak memarble(kata2 org kemalasan)haha...
    kat sini ntah napa susah nak dapatkan bread masa bulan posa nih..

    ReplyDelete
  4. wiz >> mudah aje buat puding ni, kalau malas wat marble just buat coklat gini.. pun sedap! slmt mencuba ya wiz

    lin >> mmg senang sgt2.. try la lin

    sue >> sue.. kalau dah malas, taram jer la satu kaler ya, janji buat :)

    ReplyDelete