f Secubit Garam: Eskrim Goreng

N3 Terkini

Saturday, August 21, 2010

Eskrim Goreng


Projek yg tak berapa nak menjadi, ada kesilapan teknikal yg dah dikenalpasti. Tapi nak letak gak gambo. Ni dessert berbuka smlm. Buat pun tak banyak, ngam2 utk 4 mulut. Alhamdulillah... walau tak menjadi sgt tp tetap sedap. Roti tu rangup jer. Syok pulak berbuka dgn dessert gini. Lepas ni insyaallah try lagi sampai betul2 menjadi. Mana boleh give up kan.. :)

Apa2 pun nak letak dulu resipi Aiskrim Goreng yg diambil dr rumah Mek Jepun nun. Resipi asal dr Lina PG. Tq ya mak2 dara, nak letak kat sini pulak resipi tu. Kang senang nak refer..


AISKRIM GORENG by Lina Pg
sumber: Ina@Hana

Bahan-bahan:
* 10 keping roti putih
* 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
* Plastik wrap ( untuk balut roti)
* Minyak

Cara-cara:
1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.

7 comments:

  1. Waaa...........ini fav anak ayu ni. Dah penah wak dulu, kak leh jenguk gal dapur ayu, cuma modified bubuh breadcrumbs.....so jadi cruchy la....

    Cai yokkkk cai yok....usaha lagi kak..idopp ganu kiter...he3...

    ReplyDelete
  2. salam kak nor..pernah ada intention nak try eskrim goreng ni, tp takutttt!!! takut tak jd. kang eskrem cair dlm kuali pulak.hehe

    ReplyDelete
  3. sy blm pernah cuba..nnt le klu sy nk cuba sy salin respi kemudian ek kak...thanx

    ReplyDelete
  4. teringat masa 1st time makan ekrim goreng kat sjung 5thn lepas. masa tu jakun tak penah makan kikiki... sedapp..

    ReplyDelete
  5. ayu >> ada gak baca resipi yg suruh salut dgn breadcrumbs tp try yg gini dulu.. lain kali try versi gitu ya.. thanks ayu

    ain >> sama la kita ain.. tp kena berani kan diri buat tu..ain kena tangkup kemas2 roti tu insyaallah tak aiskrim tak meleleh keluar.. sedap tau..try la

    lin >> silakan lin.. lagi elok kalau lin buat awal sehari atau 2 pastu simpan dlm freezer baru roti tu garing.. krup krap jer :)

    jiya >> ishhhh akak lg jakun, ni 1st time makan tau hehe

    ReplyDelete
  6. deetha >> betul.. betul..betul.. hehe

    ReplyDelete