f Secubit Garam: Ayam Masak Merah Berempah

N3 Terkini

Thursday, August 12, 2010

Ayam Masak Merah Berempah


Menu semalam ni ya.. Tak sempat nak update smlm tu yg pg ni baru post. Masakan sepontan aje smlm ni tapi hasilnya Alhamdulillah... sedap. Anak2 pun kata sedap, mungkin perut lapar sgt kut :) Luqman berpuasa dgn baik sekali tak sikit pun mengadu lapar atau dahaga atau letih. Keempat2 anak dah diajar berpuasa start umur 6 tahun. Alhamdulillah.. semua dpt berpuasa dgn baik.

Jom kita tengok resipi dr menu berbuka smlm K.Nor sekeluarga..

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6



Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.

7 comments:

  1. Salam K.Nor...kadang2 pening nak pikir juadah buka pose ni...tapi yang selalu terlintas mesti yang senang dan ringkas...janji sedap..tambah2 kalau ayam..he he he

    ReplyDelete
  2. sedapnya ayam msk merah akak tuuu!!!

    ReplyDelete
  3. kerull >> salam kerull, tu la mmg mudah kalau nak masak ayam ni, mcm2 boleh kita buat lagipun anak2 mmg suka makan lauk ayam kan

    alkisahku >> try la buat mie.. insyaallah sedap

    ain >> haa.. lepas ni try ya... :)

    ReplyDelete
  4. k nor cili mesin masuk ms mana ke buat pes skali ngan sb ld itam, ketumbar n jintan2 tu?

    ReplyDelete
  5. syud >> alhamdulillah.. terima kasih syud sbb perasan ada tertinggal step utk cili mesin tu. saya dah edit ya.. slmt mencuba :)

    ReplyDelete