f Secubit Garam: Lala Masak Pes Cili Sangai

N3 Terkini

Saturday, August 28, 2010

Lala Masak Pes Cili Sangai


Olalaaaa... Tropikaaaaa... hehe.. ceriakan diri anda.. jgn murung2.. Meh kita makan lala.. Luqman tak sabar2 tunggu masuk waktu berbuka smlm bila dia terbau K.Nor duk goreng lala ni. Memang dia minat sungguh dgn lala dan kerang akhir2 ni. Kebetulan lala yg dibeli ni besar2 jer.. sedap! Tambah sedap bila dimasak dgn Pes Cili Sangai. Saja create satu resipi baru menggunakan pes cili sangai, pes yg digunakan dlm Pla Lui Suan @ Ikan Dlm Taman tempohari. Alhamdulillah.. sedap! Pes ada lg tu, nanti boleh try masakan lain pulak :)

Ok, kita tengok resipi Lala Masak Pes Cili Sangai ni ya..


LALA MASAK PES CILI SANGAI My Style

1kg lala ~ dibersihkan dan toskan
5 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 bj bawang merah ~ dihiris
3 batang serai ~ dihiris halus
7 tangkai cili kering ~ dipotong dan direndam kejap
5 - 7 bj cili padi ~ dibelah 2
2 sudu besar pes cili sangai
2 sudu besar sos ikan
1/4 cawan air
sedikit garam dan gula
daun limau purut ~ dihiris halus
daun ketumbar ~ dihiris
2 sudu besar jus limau nipis
sedikit minyak




Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan bawang merah, serai, cili kering dan cili padi dan goreng hingga wangi.
Masukkan pes cili sangai dan sos ikan.
Kacau2 seketika dan masukkan 1/4 cawan air, sedikit gula dan garam.
Masukkan lala dan kacau hingga mesra.
Tutup kuali sekejap, masak hingga lala berubah warna.
Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar serta jus limau nipis.
Kacau hingga sebati dan boleh la dihidangkan.

4 comments:

  1. Salam k.nor, alala ngencess kite tau nengok lala ni..nak smgkuk :)huhu kat sabah ni mmg takde..so setiap kali balik smnnjung hidangan ni msti wajib walau sekali..

    ReplyDelete
  2. seri >> w'salam .. siannyer.. meh balik s'jung.. boleh makan banyak2.. lala pulak tengah besor2 jer skrg ni

    ReplyDelete
  3. salam Nor,
    sedapppnya nampak lala tuuu..
    this is my favourite...pes sangai tu kita belum cuba lagi lah nor, bolehlah masuk list, dah lama nor tayang pes ni, last year kita dah print out tapi belum terbuat2 lagi...

    ReplyDelete
  4. ayu >> try la buat pes tu ayu, buat dlm small portion yg cam nor buat tu.. banyak kita boleh try buat dgn pes tu nanti dan kalau utk ikan dlm taman tu mmg sedap sgt2 :)

    ReplyDelete