f Secubit Garam: Paratha Puff Berinti Daging

N3 Terkini

Monday, August 23, 2010

Paratha Puff Berinti Daging


Dah lama mencari pastry puff kat K.Trg ni, payah betul nak jumpa. Akhirnya terpaksa guna alternatif lain, Kawan paratha puff. Tak per la, tak ada rotan akar pun berguna gak kan. Walau hasilnya tak la berlapis2 cam pastry puff. Nak nguli dan canai sendiri pastry puff tak dtg lak mood ghajen tu. Mmg tak kuasa nak buat sendiri jd guna aje la paratha puff ni.

Boleh pelbagaikan inti mengikut selera masing2. Yg K.Nor buat ni, adalah inti daging. Lebihan masa buat pau aritu. Buat inti lebih2 pastu masukkan dlm freezer. Bila nak buat apa2, senang... inti dah sedia. Potong 2 paratha puff tu dan letakkan inti. Lipat/tutupkan dan klim/tekan2 dgn hujung garfu dgn kemas. Sapukan bahagian atas dgn kuning telur dan bakar hingga masak. Kejap aje dah siap satu menu berbuka yg mengenyangkan..


Jom makan.. 
opss.. tak boleh.. tak boleh.. tunggu azan maghrib dulu :)

Ni gambar lama dr khazanah peti buruk.
Dah pernah buat dolu2, masa tu belum ada blog :)


4 comments:

  1. salam kak nor..kat umah sy ni ada readymade pastry puff, cuma tak rajin2 nak membagaikannya. adehh!!!

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu...mas nak 2 ketoi...

    ReplyDelete
  3. ain >> seronok jer tengok ain dah masuk komen daily nih.. rindu saat2 dulu hehe

    meh la sini pastry puff tu ain, kesian kat dia duk bertapa dlm esbok tu lama2 hehe

    mas >> cukup ke mas 2 ketoi.. :)

    ReplyDelete
  4. kak sy lebih suka paratha dari pastry puff tu,sbbnya bila sejuk dok dap,hehehehe

    ReplyDelete